Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

20 hingga 21 April 2026- Dorsett Hotel, Putrajaya

PUTRAJAYA- Alhamdulillah telah berlangsung Bengkel Pemurnian Slaid Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Modul Pascaperkahwinan Islam JAKIM pada 20 hingga 21 April 2026 (Isnin-Selasa) di Dorsett Hotel, Putrajaya. Antara objektif kursus ini adalah untuk menyeragamkan kaedah pelaksanaan Slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) atau interaktif melalui pemurnian slaid Kursus Pascaperkahwinan Islam dalam kalangan fasilitator supaya penyampaian kursus lebih konsisten dari segi mesej, pendekatan dan nilai yang diketengahkan.

Kursus yang dihadiri oleh seramai 20 orang Fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam seluruh Malaysia terdiri daripada pegawai-pegawai Hal Ehwal Agama Negeri dan JAKIM. Sepanjang kursus ini peserta telah diberi pendedahan maklumat berkaitan penyediaan slaid yang berkesan dan kaedah penyampaian terbaik oleh para Master Trainer Fasilitator  Modul Pascaperkahwinan Islam yang terlatih iaitu En. Mohd Firdauz bin Mohd Shurkan, Penolong Pengarah Kanan JAKIM dengan menekankan pemurnian slaid bagi  4 slot LDK iaitu Slot Ice Breaking, Masam-Masam Manis, Kenali Diri dan Azam & Aku Janji.

Tahniah kepada semua peserta yang sangat komited mengikuti semua aktiviti dari awal hingga akhir kursus. Diharapkan semua fasilitator dapat memberi manfaat dan sumbangan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia terutamanya dalam mengurangkan konflik rumahtangga di kalangan pasangan suami isteri.

Bengkel Pemurnian Slaid Latihan Dalam Kumpulan Modul Pascaperkahwinan Islam JAKIM 01

Bengkel Pemurnian Slaid Latihan Dalam Kumpulan Modul Pascaperkahwinan Islam JAKIM 02

Bengkel Pemurnian Slaid Latihan Dalam Kumpulan Modul Pascaperkahwinan Islam JAKIM 03

Bengkel Pemurnian Slaid Latihan Dalam Kumpulan Modul Pascaperkahwinan Islam JAKIM 04

Bengkel Pemurnian Slaid Latihan Dalam Kumpulan Modul Pascaperkahwinan Islam JAKIM 05

Bengkel Pemurnian Slaid Latihan Dalam Kumpulan Modul Pascaperkahwinan Islam JAKIM 06

Bengkel Pemurnian Slaid Latihan Dalam Kumpulan Modul Pascaperkahwinan Islam JAKIM 07

Bengkel Pemurnian Slaid Latihan Dalam Kumpulan Modul Pascaperkahwinan Islam JAKIM 08