Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

16 APRIL 2026M | 27 SYAWAL 1447H | PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan satu sistem bersepadu yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyelaraskan pengurusan Nikah, Cerai, dan Rujuk (NCR) umat Islam di seluruh negara. YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah membentangkan Kertas Pelaksanaan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di Negeri Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak di dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital Dan 4IR Negeri (MED4IR Negeri) Bilangan 1 Tahun 2026. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital dan dihadiri oleh Timbalan Menteri Digital, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

Pembentangan ini bertujuan untuk memohon pihak ahli mesyuarat mengambil maklum mengenai cadangan pelaksanaan sistem tersebut di lima buah negeri yang masih mengguna pakai kan sistem aplikasi kendiri, iaitu Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak. Pembentangan ini merupakan susulan daripada cadangan Jawatankuasa Perkongsian Data Negara yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Digital pada Mac 2026. Melalui inisiatif ini, JAKIM menaruh harapan tinggi agar Kerajaan Negeri terlibat memberikan persetujuan penuh untuk proses onboarding ke dalam sistem SPPIM yang diletakkan secara berpusat. Langkah ini sangat kritikal bagi mewujudkan satu sumber rujukan utama (Single Source of Truth) yang dapat menjamin integriti data, mengelakkan isu poligami tanpa kebenaran, serta memastikan perancangan dasar institusi kekeluargaan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan tepat.

Pembentangan Kertas Cadangan Pelaksanaan SPPIM 01

Pembentangan Kertas Cadangan Pelaksanaan SPPIM 02

Pembentangan Kertas Cadangan Pelaksanaan SPPIM 03