Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
PUTRAJAYA, 14 Mei — Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Menangani Ancaman Akidah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-21 telah berlangsung pada 14 Mei 2026 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), menghimpunkan pelbagai agensi persekutuan dan wakil daripada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) seluruh Malaysia. Jawatankuasa ini berfungsi sebagai badan penyelaras antara agensi persekutuan dan negeri bagi memastikan pendekatan yang seragam dan berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan akidah.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyaksikan penyertaan daripada pelbagai agensi persekutuan yang berkenaan termasuk Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Pendidikan Malaysia dan lain-lain. Wakil-wakil daripada semua 14 Jabatan Agama Islam Negeri turut hadir, mencerminkan komitmen bersama antara kerajaan persekutuan dan negeri dalam menangani isu ini secara holistik.

Kerjasama erat antara agensi persekutuan dan negeri adalah kritikal bagi memastikan tindakan yang diambil adalah menyeluruh dan tidak bertindih. Fokus utama mesyuarat ini adalah pengukuhan kerjasama antara agensi berkaitan isu ancaman akidah terkini, penyelarasan tindakan penguatkuasaan, strategi pencegahan melalui pendidikan dan dakwah. Melalui mesyuarat ini, semua pihak dapat berkongsi maklumat terkini, mengenal pasti cabaran baharu, dan merangka pelan tindakan bersepadu bagi melindungi akidah umat Islam di Malaysia.

Mesyuarat peringkat kebangsaan seperti ini amat penting dalam memastikan penyelarasan yang berkesan antara pelbagai agensi dan kesinambungan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan akidah umat Islam terus terpelihara selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.


Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Menangani Ancaman Akidah Peringkat Kebangsaan JAPAS 01

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Menangani Ancaman Akidah Peringkat Kebangsaan JAPAS 02

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Menangani Ancaman Akidah Peringkat Kebangsaan JAPAS 03

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Menangani Ancaman Akidah Peringkat Kebangsaan JAPAS 04

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Menangani Ancaman Akidah Peringkat Kebangsaan JAPAS 05

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Menangani Ancaman Akidah Peringkat Kebangsaan JAPAS 06

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Menangani Ancaman Akidah Peringkat Kebangsaan JAPAS 07