Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
ALOR SETAR, KEDAH, 18-20 JUN 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) telah mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Bulan Madu & Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Kedah 2026 pada 18-20 Jun 2026 (Khamis hingga Sabtu) bertempat di The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah. Peserta kursus terdiri daripada masyarakat awam seramai 30 orang (15 pasang suami isteri) yang terpilih dan dalam lingkungan usia perkahwinan antara 0-10 tahun di setiap daerah di negeri Kedah. Kursus ini bertujuan untuk untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga oleh Dr. Nurul Najuwa binti Sazali, Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Pendang, Kedah dan Pengurusan Kewangan Keluarga oleh En. Mohd Faizal Mohd Salleh selaku Speaker dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Manakala slot Motivasi disampaikan oleh En. Mohd Farid bin Mohamad Japeri, Penolong Pengarah Kanan AADK dan Pengurusan serta Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga oleh En. Abdul Rahman bin Mat Sulaiman, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji serta Qiamullail dalam program ini yang dikendalikan oleh Fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam terlatih iaitu En. Mohd Firdauz Bin Mohd Shurkan dan En. Mohd Khairil Nizam bin Jaludin.

Majlis Penangguhan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Hazizan bin Mat Desa , Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, JHEAIK mewakili Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah manakala ucapan aluan disampaikan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Bulan Madu & Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Kedah 2026. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.


Kursus_Pascaperkahwinan_Islam_Fasa_Bulan_Madu_Sehati_Sejiwa_Negeri_Kedah_2026 1

Kursus_Pascaperkahwinan_Islam_Fasa_Bulan_Madu_Sehati_Sejiwa_Negeri_Kedah_2026 2

Kursus_Pascaperkahwinan_Islam_Fasa_Bulan_Madu_Sehati_Sejiwa_Negeri_Kedah_2026 3

Kursus_Pascaperkahwinan_Islam_Fasa_Bulan_Madu_Sehati_Sejiwa_Negeri_Kedah_2026 4

Kursus_Pascaperkahwinan_Islam_Fasa_Bulan_Madu_Sehati_Sejiwa_Negeri_Kedah_2026 5

Kursus_Pascaperkahwinan_Islam_Fasa_Bulan_Madu_Sehati_Sejiwa_Negeri_Kedah_2026 6