Kurator Berita : Bahagian Perundangan Syariah

Putrajaya, 8 Julai 2026 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Perundangan Syariah telah mengadakan Sesi Libat Urus Cadangan Pelaksanaan Hukuman Berbentuk Kompaun Bagi Kesalahan di Bawah Undang-Undang Syariah di Wilayah Persekutuan pada 8 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Fatah, Kompleks Islam Putrajaya.

SLU ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tn. Mohd Suhaimi bin Mohd Yusof, Pengarah Bahagian Perundangan Syariah dan dihadiri oleh Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, wakil Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara (BSPUU AGC), wakil Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Pelaksanaan Sesi Libat Urus ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada agensi-agensi pelaksana sebelum kajian lanjut ke arah menjadikan hukuman berbentuk kompaun sebagai salah satu alternatif hukuman yang boleh dikenakan terhadap pesalah syariah. SLU ini juga telah mengikuti pembentangan pelaksanaan Perintah Pengkompaunan Kesalahan Syariah yang telah berkuatkuasa di negeri Pahang telah disampaikan oleh YBrs. Tn. Hj. Mohd Rasmawi bin Harun, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Pahang.

 


Sesi Libat Urus Cadangan Pelaksanaan Hukuman Berbentuk Kompaun Bagi Kesalahan Di Bawah Undang-Undang Syariah Di Wilayah Persekutuan 1

Sesi Libat Urus Cadangan Pelaksanaan Hukuman Berbentuk Kompaun Bagi Kesalahan Di Bawah Undang-Undang Syariah Di Wilayah Persekutuan 2