Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

PUCHONG, 15 Julai 2026: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor, AADK Daerah Sepang dan Masjid Taman Putra Perdana, Puchong telah berjaya menganjurkan Program Terapi Psikospiritual Islam (PTPI) Klien AADK bertempat di Masjid Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Program kerjasama erat antara rakan strategik ini buat julung kalinya telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini selaku Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan turut dihadiri YBrs. Tuan Nazir bin Mohamad, Pengarah AADK Negeri Selangor, YBrs. Puan Norihan binti Zakaria, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, barisan AJK Masjid Taman Putra Perdana serta barisan urus setia dari JAKIM dan AADK.

Program yang dijalankan secara berkala ini telah berjaya menarik minat peserta dengan kehadiran seramai 46 orang dalam kalangan Klien AADK yang berada di dalam tempoh pengawasan telah hadir mengikuti program yang bermula dengan sesi tahsin surah al-fatihah dan diteruskan dengan slot 1: Terapi Zikir dan Makrifatun Nafs dan slot 2: Tahsin Thoharah dan Rawatan Diri melalui Ilaj Syarie yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Masjid Putra, Putrajaya, YBrs. Ustaz Mohd Mustafidurrohman bin Mohd Syahroni yang juga merupakan tenaga pengajar dan fasilitator KSK Care Centre JAKIM. Program diakhiri dengan sumbangan barangan keperluan dapur kepada semua peserta yang hadir.

Diharapkan program ini dapat membantu memulihkan para klien AADK dengan menggunakan pendekatan terapi yang inklusif dan komprehensif di samping mengeratkan ukhwah dan mengintegrasikan diri klien dalam kalangan masyarakat serta menjadi ruang untuk mereka berubah ke arah kehidupan yang lebih baik.

 


JAKIM, MAIS Dan AADK Berkolaborasi Santuni Klien 1

JAKIM, MAIS Dan AADK Berkolaborasi Santuni Klien 2

JAKIM, MAIS Dan AADK Berkolaborasi Santuni Klien 3

JAKIM, MAIS Dan AADK Berkolaborasi Santuni Klien 4

JAKIM, MAIS Dan AADK Berkolaborasi Santuni Klien 5

JAKIM, MAIS Dan AADK Berkolaborasi Santuni Klien 6

JAKIM, MAIS Dan AADK Berkolaborasi Santuni Klien 7

JAKIM, MAIS Dan AADK Berkolaborasi Santuni Klien 8