Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Maklumat

PUTRAJAYA, 11 Ogos 2026 – Seminar Kesedaran Keselamatan Siber JAKIM Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) bertujuan meningkatkan kesedaran warga JAKIM terhadap ancaman keselamatan siber, khususnya risiko serangan siber, social engineering dan penipuan dalam talian.

Seminar yang berlangsung di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. T.s Abdul Hadi Jehmica bin Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat JAKIM, serta menampilkan sesi perkongsian daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Syarikat Ofisgate Sdn. Bhd.

Perkongsian serta demonstrasi secara langsung yang dilaksanakan sepanjang seminar memberi pendedahan praktikal kepada peserta mengenai modus operandi scammer serta kaedah mengenal pasti dan mengelakkan ancaman siber.

Program ini turut memperkukuh kefahaman peserta mengenai kepentingan melindungi data dan maklumat organisasi serta mengamalkan penggunaan teknologi secara lebih selamat dan berwaspada.

Secara keseluruhannya, seminar ini menyumbang kepada usaha membentuk warga JAKIM yang lebih celik keselamatan siber, peka terhadap ancaman digital dan bertanggungjawab dalam melindungi data serta aset digital organisasi.

 


SEMINAR_KESEDARAN_KESELAMATAN_SIBER_1

SEMINAR_KESEDARAN_KESELAMATAN_SIBER_2

SEMINAR_KESEDARAN_KESELAMATAN_SIBER_3

SEMINAR_KESEDARAN_KESELAMATAN_SIBER_4