Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan Multaqa’ Murabbi Ummah bertempat di Dewan Saadah, Kompleks Majlis Ugama Islam Sabah pada 16 Mei 2017. Program ini telah dihadiri oleh 1200 orang yang melibatkan Imam, Jawatankuasa Masjid, Guru Takmir, Guru KAFA, Guru SMAN, Guru Sekolah Tahfiz dan Pegawai Kader JAKIM dari seluruh Negeri Sabah.
Multaqa ini dimulakan dengan 2 slot ceramah:
Sesi ceramah 1 : Peranan Murabbi Dalam Mendidik Ummah
YBhg SS Datu Haji Kipli bin Haji Yassin
Mufti Negeri Sarawak
Sesi ceramah 2 : Fiqh Sabahi Dalam Menangani Khilafiah Umat Islam di Sabah
YBhg SS Datuk Haji Bungsu@ Aziz bin Haji Jaafar
Majlis perasmian multaqa dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun, Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar.
Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, En Masri bin Razali, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM, Pegawai-Pegawai Kanan JAKIM, Pegawai-Pegawai Kanan JHEAINS dan Pegawai-Pegawai Kanan MUIS.
Dalam majlis tersebut, Kerajaan Persekutuan telah menyampaikan replika cek kepada kerajaan negeri Sabah bagi bayaran imbuhan imam, elaun guru takmir dan guru KAFA sebanyak RM 47,004,000.00. Pihak Kerajaan Persekutuan turut menyampaikan peruntukkan one-off untuk bilal dan siak sebanyak 354,000.00.



