Judul: Al Fiqh Al-Manhaji - 5 Jilid
Kategori: Buku
Harga: RM50.00
Sinopsis:
  • Kitab ini menggabungkan pernyataan fiqh dengan dalil-dalil naqli dan aqli. Manhaj dan sistem buku ini dari segi metodologinya adalah sama pada setiap bab dan kitab. Hadith yang dikemukakan dinyatakan nombor hadith, bab bagi hadith tertentu dan takhrijnya
  • Pengarang juga menyebut sejarah pensyariatan tentang sesuatu perkara, seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain Kadang-kadang di dalam terjemahan kitab ini, penulis juga menyebut pendapat fuqaha’ seperti Imam al-Nawawi, Imam al-Ghazall dan lain-lain. Ini menambahkan lagi khazanah ilmiah bertunjangkan fiqh al-Syafie
  • Buku ini dimuqaddimahkan dengan pengenalan fiqh atau disebut sebagai Madkhal Am yang mengandungi pengertian kaitan antara fiqh dan aqidah, sifat fiqh, sumber-sumber fiqh dan juga pengertian istilah ilmu fiqh, seperti fardhu, wajib dan lain-lain.
  • Pengarang juga menyebut wajah istidlal atau fiqh hadith yang dapat diambil daripada nas-nas naqli. Kadang-kadang pengarang menyebut sifat ibadah Rasulullah SAW yang merentasi mazhab, seperti cara Rasulullah berwudhu, ibadah haji Rasulullah SAW dan lain-lain.
  • Ada kalanya disebut hukum-hukum dan masalah fiqhiyyah di bawah satu-satu tajuk untuk menambahkan lagi kefahaman dan permasalahan fiqh, seperti dalam bab talaq iddah dan lain-lain.
  • Pengarang mengemukakan contoh-contoh yang bersifat hidup dan semasa, sesuai dengan realiti masa kini bagi memantapkan kefahaman pembacanya. Pengarang juga menyebut hikmah dan asrar berkenaan dengan hukum yang ditaklifkan oleh Allah SWT atau pensyariatan ibadat. Ini disebut secara khusus di bawah tajuk