Judul: Ensiklopedia Fiqh Orang Kelainan Upaya
Kategori: Buku
Harga: RM15.00
Sinopsis:
  • Islam merupakan agama yang syumul dan praktikal. Syariat Islam sesuai diamalkan oleh seluruh umat manusia tanpa mengira batas umur, tempat tinggal, bangsa, budaya atau keupayaan fizikal.
  • Bagi golongan orang kelainan upaya (OKU), Islam telah menggariskan hak-hak dan kewajipan tertentu sesuai dengan keupayaan fizikal mereka untuk beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  • Buku "Ensiklopedia Fiqh Orang Kelainan Upaya (OKU)" merupakan sebuah penulisan ilmiah yang menjelaskan isu-isu serta permasalahan fiqh berkaitan OKU dalam empat aspek, iaitu ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah.
  • Setiap bab disusun secara sistematik dan dibincangkan secara informatif bagi memberi kefahaman yang tepat dan menyeluruh kepada para pembaca. Diharapkan buku ini dapat membantu menyelesaikan permasalahan fiqh golongan OKU.