Judul: Istilah-Istilah Fiqah Dan Usul : Empat Mazhab
Kategori: Buku Jualan
Harga: RM30.00
Sinopsis:
  • Umat Islam mempunyai banyak keistimewaan dengan barisan cendekiawan dan tokoh ulama yang berkarya, yang menghasilkan pelbagai jenis ilmu sejak permulaan kurun lagi.
  • Hal ini makin berkembang dari satu zaman hingga ke zaman kini. Antara karya yang banyak dihasilkan oleh ulama' berkenaan dengan fiqah dalam pelbagai mazhab ialah al-Hanafi, al-Maliki, al-Syafie, al-Hanbali, al-Zaidah, al-Imamiah dan lain-lain. Dalam karya mereka, sarat dengan istilah-istilah fiqah dan usul yang kadang-kadang berlainan antara satu mazhab dengan mazhab yang lain.
  • Justeru, buku Istilah-Istilah Fiqah dan Usul: Empat Mazhab tulisan Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri ini dikemukakan bertujuan menjelaskan istilah yang diguna pakai oleh ulama' mazhab, yang berkemungkinan berlaku kekeliruan dan kesamaran. Ia dikemukakan untuk menjelaskan segala rumuz dan istilah yang digunapakai. Walaupun begitu, ia terhad kepada empat mazhab sahaja, iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.