Judul: Isu-Isu Ibadah Dalam Ibadat Puasa
Kategori: Buku Jualan
Harga: RM10.00
Sinopsis:
  • Isu-Isu Dalam Ibadat Puasa merupakan sebuah karya yang ditulis khusus bagi menjawab permasalahan ummah mengenai ibadah puasa. Menariknya, gaya penulisan buku ini berbeza dengan karya-karya yang lain dengan setiap tajuk yang dikemukakan, akan dihuraikan berdasarkan nas- nas syarak, latar belakang nas dari sudut makna dan pengistinbatan hukum-hukumnya. Bagi mencapai kesempurnaan, beberapa pandangan ulama' Islam daripada beberapa mazhab turut dikemukakan.
  • Topik perbincangan adalah meliputi pelaksanaan ibadah puasa, masalah-masalah yang sering menimbulkan keraguan dan pertanyaan dalam melaksanakan ibadah puasa serta fenomena lupa semasa melaksanakan puasa hingga melakukan perkara-perkara yang ditegah seperti makan, minum, jimak dan sebagainya.
  • Ensiklopedia Ulama' yang diterbitkan dalam beberapa jilid ini merupakan satu usaha yang murni ke arah melahirkan sebuah khazanah berharga untuk tatapan masyarakat dan diharap ianya menjadi pemula kepada generasi kini untuk lebih mengenali tokoh- tokoh ulama' dan sumbangan mereka dalam pelbagai bidang keilmuan serta menjadikan mereka sebagai contoh dalam kehidupan.