Judul: Isu-Isu Pesakit Yang Berhadas
Kategori: Buku Jualan
Harga: RM8.00
Sinopsis:
  • Apabila berinteraksi dengan para pesakit didapati ada sebahagian daripada golongan ini mengalami masalah sentiasa berada dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil atau hadas besar. Ia merupakan satu penyakit yang perlu diberi perhatian khususnya dalam pelaksanaan taharah dan ibadat solat yang merupakan tiang agama bagi umat Islam.
  • Gambaran penyakit ini antaranya ialah keadaan najis yang sentiasa keluar dari dubur dan qubul atau selainnya termasuk air mazi, air kencing atau tahi yang keluar dari lubang di bahagian atas dan bawah perut, najis selain air kencing atau tahi yang keluar dari saluran yang lain dari qubul atau dubur dan keadaan wanita yang sentiasa beristihadhah.
  • Bagaimana caranya pesakit mengatasi masalah ini? Adakah jalan keluar di sebalik permasalahan yang dialami? Adakah wajib bersuci dan berwuduk setiap kali menunaikan ibadat solat? Atau adakah gugur kefarduan bersolat bagi pesakit seperti ini. Jangan kerana kejahilan manusia bersikap sambil lewa terhadap syariat yang telah difardukan. Buku ini tampil menjawab permasalahan semasa umat Islam. Insya-Allah.