Judul: Keunggulan Akidah Tauhid
Kategori: Buku Jualan
Harga: RM15.50
Sinopsis:

Apabila berfikir tentang kewujudan diri, ia memberi ruang kepada kita untuk bertafakur tentang kekuasaan Allah SWT. Betapa hebat dan agongnya Allah SWT menjadikan alam ini dengan penuh berperaturan. Yakinkah kita tentang kekuasaan-Nya, jika ilmu tidak dimiliki, jika iman tidak diyakini dan jika pegangan tidak teguh.

Persoalan akidah berkait rapat dengan keimanan. Akidah yang mantap mampu melahirkan generasi yang bertakwa kepada Allah dengan berpaksikan al-Quran dan Sunnah. Jika sebaliknya, kejahilan akan bermaharajalela dan umat Islam akan diancam pelbagai penyelewengan dan kepalsuan yang menggugat kesucian Islam. Alangkah sedihnya jika perkara sedemikian berlaku!

Buku ini lahir untuk mengupas dan membongkar persoalan- persoalan yang berkaitan dengan akidah dengan mengemukakan topik menarik, antaranya: pengantar Ilmu Tauhid, kemunculan puak ahli Kalam dalam Islam, mengenal Allah, taklid, iman dan Islam. Buku Ini juga mengandungi perbahasan mengenai ilahiyah (ketuhanan), nabawiah, perkara-perkara sam'iyat, akidah yang terkandung dalam dua kalimah syahadah dan lain-lain lagi. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Insya-Allah.


~ Abdul Rashid Mahmud ~