Sinopsis:
Saat mutakhir ini telah mencernakan kesedaran ke dalam jiwa umat Islam, untuk merungkaikan diri daripada kealpaan dengan kembali menyahut lambaian iman. Ummah telah sedar dengan kembali berpegang teguh kepada Islam, sebagai asas kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Pada dekad yang lalu kita kurang melihat keinginan masyarakat untuk mendalami Islam, apatah lagi untuk mengagungkan Islam, tetapi kini kita dapati masyarakat telah kembali sedar, tanpa paksaan untuk meyakini bahawa ISLAM ADALAH SATU PENYELESAIAN kepada seluruh problemtika yang dihadapi insan.
Malah, Islam merupakan benteng kukuh untuk berdepan dengan tuntutan dan cabaran masa depan. Gelojak keinginan untuk mendalami Islam dapat kita lihat di mana-mana sahaja sekarang ini, baik di kampung mahupun di bandar, malah setiap institusi dan sektor telah menjadikan pengajian kefahaman Islam sebagai satu pengisian. Ini merupakan perkembangan yang harus kita syukuri.
Buku ini kami tujukan kepada seluruh lapisan umat Islam, kerana ia disusun dengan perbincangan dan bahasa ilmiah yang mudah difahami, tidak terlalu kompleks, bersesuaian dengan temanya, muqadimah pengajian Islam.