Judul: MUTIARA BERHARGA : Pada menyatakan Aqidah Orang Yang Beriman
Kategori: Buku Jualan
Harga: RM25.00
Sinopsis:

Kitab iaitu "Mutiara Berharga Pada Menyatakan Aqidah Orang Yang Beriman" karangan Syeikh Daud bin Syeikh Abdullah al-Fatani Rahimahullah merupakan kitab aqidah Islamiyyah yang sangat masyhur pada zaman sebelum ini.

la dibaca dan dipelajari di sekolah-sekolah pondok yang menjadi pusat pengajian Islam yang tidak asing lagi pada masa itu di seluruh tanah airKitab ini masih diminati masyarakat Islam yang cintakan ilmu kerana kandungannya yang sangat bernilai dan jarang didapati dalam kitab- kitab lain yang berbahasa Melayu.

Namun begitu, bahasa yang digunakan oleh pengarang adalah bahasa Melayu klasik yang sukar difahami generasi lantaran usia penulisannya sudah mencapai dua ratus tahun. Kitab ini ditulis pada tahun seribu dua ratus tiga puluh dua hijriah (1232H) seperti yang dinyatakan oleh pengarang dalam muqadimahnya. Kitab ini melalui pentahkik telah memperbaiki dan memperbaharui bahasa kitab ini sesuai dengan penggunaan semasa dan berharap generasi masa kini dapat menimba ilmu yang termuat di dalamnya.

Usaha pengarang sangat bernilai dan dihargai, ia telah dimanfaatkan oleh ramai guru dan pelajar sejak ia ditulis hingga kini. Semoga Allah SWT mengganjari beliau atas usaha dan peninggalannya yang sangat besar manfaatnya, manakala sedikit kekurangan yang ada masih dapat dibaiki.


~  Syeikh Daud Bin Syeikh Abdullah Al-fatani ~