Judul: PANDUAN AL-QURAN DAN HADITH Bagi Pegawai dan Kakitangan perkhidmatan Awam
Kategori: Buku Jualan
Harga: RM31.50
Sinopsis:


Buku ini sesuai dijadikan rujukan dan asas panduan bekerja kepada pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam untuk mencapai matlamat perkhidmatan yang Bersih, Cekap dan Amanah.

Bahagian pertama membicarakan tajuk-tajuk yang dipetik daripada buku Panduan Rancangan Penerapan Nilai-nilai Islam terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri. Bahagian kedua membicarakan tajuk-tajuk pilihan yang dianggap penting daripada segi keperluan pengurusan. Untuk menjelaskan lagi huraian tersebut, pilihan ayat-ayat al-Qur'an dan al-Hadith Rasulullah SAW telah dibuat berdasarkan hubungan secara langsung antara keperluan jabatan dengan pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan.

Untuk edisi kedua buku ini setiap tajuk pilihan telah dihurai dengan lebih teliti serta diberi penjelasan yang lebih mendalam untuk kefahaman para pembaca. Dengan huraian tersebut pembaca akan dapat menilai setakat manakah sumbangan yang telah mereka berikan selama ini terhadap jabatan mereka.


~ Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) & JAKIM ~