Judul: Garis Panduan Pelaksanaan Solat Secara Duduk di Atas Kerusi
Kategori: Garis Panduan
Sinopsis:
Buku Garis Panduan Pelaksanaan Solat Secara Duduk di Atas Kerusi terbitan JAKIM ini disediakan untuk membimbing golongan yang uzur menunaikan solat dengan sebaik-baiknya. Garis Panduan ini menjelaskan hukum serta dalil-dalil daripada al-Quran, hadis dan ijmak ulama' yang membenarkan solat duduk, selain memperincikan situasi keuzuran yang membolehkan kaedah ini digunakan. Penekanan turut diberikan terhadap rukun fi‘li solat yang perlu dilaksanakan mengikut kemampuan.

Buku ini juga memberi panduan tentang susun atur kerusi dalam saf solat berjemaah, jenis kerusi sesuai, serta peranan pegawai masjid dalam membimbing jemaah uzur. Ia diterbitkan bagi menyelaraskan amalan di seluruh negara, mengelakkan kekeliruan masyarakat, dan memastikan pelaksanaan solat dalam keadaan uzur tetap memelihara kesempurnaan ibadah.