KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
BERKENAAN
 
MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN
VIDEO KREATIF MAULIDUR RASUL SAW 1442H/ 2020M

  1. JAKIM mengadakan Majlis Pengumuman Keputusan Pertandingan Video Kreatif Maulidur Rasul SAW 1442H/2020M yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 4 Disember 2020 (Jumaat) jam 8.00 pagi. Majlis ini diadakan dalam bentuk norma baharu dengan mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disiarkan secara langsung di Facebook Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-JAKIM.
  2. Seramai 20 orang pemenang telah terpilih bagi dua kategori yang dipertandingkan iaitu masing-masing 10 pemenang bagi Kategori Pilihan Juri dan 10 pemenang bagi Kategori Pilihan Netizen. Semua pemenang menerima wang tunai keseluruhan berjumlah  RM13,500.00 sumbangan Yayasan Taqwa MAIWP dan sijil penyertaan dari kerajaan. Maklumat lanjut mengenai hadiah yang disediakan ialah seperti di Lampiran A.

  3. Pertandingan Video Kreatif Maulidur Rasul SAW 1442H/2020M ini telah diadakan bermula 7 Oktober 2020 sehingga 31 Oktober 2020. Sebanyak 207 penyertaan telah diterima dari pelbagai lapisan masyarakat muslim dan bukan muslim termasuk penyertaan dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU). Video yang dihasilkan adalah bertemakan nilai-nilai mulia yang disarankan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

  4. Rasional penganjuran pertandingan ini adalah untuk memupuk minat dan kreativiti masyarakat dalam mempromosi semangat kecintaan terhadap Rasulullah SAW di samping mencungkil idea seterusnya mengetengahkan bakat dalam menghasilkan produk multimedia bergenre Islami;

  5. Sehubungan itu, dimohon jasa baik pihak media untuk membuat hebahan dan liputan bagi penganjuran program ini.

 
 
Sekian, terima kasih
 
 
DATUK HAJI ABDUL AZIZ BIN JUSOH
Timbalan Ketua Pengarah Operasi
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
4 Disember 2020
 
 


 
Lampiran A
 
Hadiah pilihan juri
 

Pemenang

Nilai Wang Tunai (RM)

Hadiah Iringan

Tempat Pertama (1 pemenang)

4,000.00

Sijil Penghargaan beserta frame

Tempat Kedua (1 pemenang)

2,000.00

Tempat Ketiga (1 pemenang)

1,000.00

Saguhati tempat Keempat hingga Kesepuluh   (7 pemenang)

500.00

                      

Hadiah pilihan netizen
 

Pemenang

Nilai Wang Tunai (RM)

Tempat Pertama (1 pemenang)

1,000.00

Tempat Kedua (1 pemenang)

800.00

Tempat Ketiga (1 pemenang)

500.00

Saguhati tempat Keempat hingga Kesepuluh (7 pemenang)

100.00

 


 
Senarai Nama Pemenang Dan Saguhati Pertandingan Video Kreatif Sempena Maulidur Rasul 1442H (Kategori Juri)
Muat Turun




Top10 Pilihan Netizen Pertandingan #VideoMaulidJAKIM1442
Muat Turun