jata negara small

KENYATAAN MEDIA

YANG BERHORMAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL AGAMA)

BERKENAAN

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG MUSA’ADAH COVID-19 JAKIM-YWM DAN PELEPASAN KONVOI PROGRAM MUSA’ADAH BANTUAN BENCANA ALAM PASCA BANJIR JAKIM-YWM KE KELANTAN


Bil. 6/2021

Pada hari ini iaitu tanggal 24 Februari 2021, kami melalui Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-Yayasan Waqaf Malaysia dengan sukacitanya, akan meneruskan beberapa penyampaian bantuan Musaadah pada kali ini, iaitu:

1. Program Musa’adah Bantuan Bencana Alam Pasca Banjir JAKIM-YWM Siri 3 diteruskan Ke Pasir Mas, Kelantan, dengan jumlah bantuan sebanyak berjumlah RM60,000.00. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas, Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan. Bantuan berupa barang-barang keperluan seperti dapur gas, tilam toto/bantal, keperluan wanita dan kanak-kanak dan pek barangan makanan kering untuk disampaikan kepada 200 ketua isi rumah di daerah tersebut. Untuk makluman juga, Program Musa’adah Bantuan Bencana Alam Pasca Banjir JAKIM-YWM Siri 1 dan Siri 2 iaitu ke Johor dan Terengganu berjumlah RM60,000.00 setiap negeri dan Bantuan Mangsa Banjir di Maran Pahang berjumlah RM20,000.00, menjadikan keseluruhan bantuan pasca banjir berjumlah RM200,000.00.

2. Turut menyumbang dalam konvoi misi bantuan pasca banjir ke Kelantan ini iaitu daripada Masjid Negara Kuala Lumpur kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan sebanyak RM10,000.00 dan daripada pihak Ajinomoto (Malaysia) Berhad iaitu pek barang makanan kering yang bernilai RM4,250.00 dan sumbangan ke Tabung Musa’adah Covid-19 berjumlah RM5,000.00.

3. Seterusnya Sumbangan daripada Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad ke Tabung Musa’adah Covid19 sebanyak RM100,000.00 untuk disalurkan kepada Sekolah-sekolah Tahfiz, Rumah Anak-anak Yatim dan Rumah-rumah Perlindungan Orang Bukan Islam yang terpilih.

4. Kali ini juga, kami mengambil kesempatan untuk menyampaikan bantuan kepada Persatuan Kebajikan Warga Islam (PEKWI) Hospital Putrajaya untuk disampaikan kepada para petugas frontliner Hospital Putrajaya berjumlah RM10,000.00.

5. Seterusnya Bantuan Musa’adah Covid-19 kepada Guru-guru KAFA Negeri Kelantan yang terkesan dengan pandemic Covid-19 seramai 200 orang, dan setiap seorang akan menerima bantuan RM300.00 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 60,000.00.

6. Tidak ketinggalan juga, kami ingin menyampaikan Sumbangan Bantuan Pasca Banjir Kampung Orang Asli yang terkesan musibah banjir baru-baru ini di Pahang, Kelantan, Perak dan Johor berjumlah RM129,700.00.

7. Semoga bantuan dari Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-YWM ini dapat meringankan sedikit bebanan saudara-saudara kita yang terkesan Pandemik Covid-19 dan mereka yang ditimpa musibah. Kita sentiasa mendoakan mereka yang sedang diuji oleh Allah SWT ini dapat bersabar di atas ujian-Nya dan semoga sentiasa diberkati.

Di samping itu, saya menyeru dan merayu kepada para dermawan, individu, Syarikat-syarikat Korporat dan seluruh rakyat Malaysia agar dapat menghulurkan sumbangan ke Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-YWM ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia, no. : 86-0221818-6 CIMB Islamic Bank Berhad.(Ref: JAKIM), terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang ke tabung ini semoga Allah jua yang membalas dengan jannah kepada tuan-tuan semua.

# Anda sumbang kami tolong sampaikan.

Sekian, terima kasih.

SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
24 Februari 2021