LOGO JAKIM small
 
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
BERKENAAN

VIDEO YANG DIPERCAYAI MENGANDUNGI IKLAN JUDI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI

Bil.10/2021
 
  1. Pada hari ini, telah tular satu video yang dipercayai mengandungi iklan judi sempena Hari Raya Aidil Fitri. Video tersebut telah menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memandang serius dan menentang keras perbuatan seumpama ini sekiranya benar ia berlaku lebih-lebih lagi ketika umat Islam di negara ini sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

  2. Justeru, JAKIM menyokong usaha pihak yang berwajib dalam mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini mengikut lunas undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

  3. JAKIM juga menyeru kepada seluruh masyarakat khususnya umat Islam agar tidak menularkan video tersebut kerana ia boleh memberikan kesan yang tidak baik. Umat Islam juga dinasihatkan agar tidak terlibat dalam apa jua aktiviti perjudian termasuklah membantu dalam mempromosikan perjudian yang jelas bertentangan dengan Hukum Syarak.

 
Sekian, terima kasih.
 
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
(HAJI ZAKARIA BIN OTHMAN)
Ketua
Unit Komunikasi Korporat
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
16 April 2021