
KENYATAAN MEDIA
-
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-sama membaca Yaasin dan berdoa bagi kesejahteraan negara dalam rancangan Forum Perdana Ehwal Islam pada hari ini (Khamis), 17 Jun 2021, pukul 9.00 malam di saluran TV1.
-
Rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk "COVID Itu Benar" akan bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam, bermula dengan bacaan surah Yaasin yang akan dipimpin oleh Tuan Haji Ustaz Ehsan Mohd. Hosni, Imam Besar Masjid Negara. Manakala Ahli Panel dan Moderator adalah seperti berikut:
1) Datuk Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim,
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
2) Prof Madya Dr. Mohd Farid Ravid Abdullah
Timbalan Rektor, KUIS
Moderator :
-
Semoga usaha berterusan ini akan mendapat rahmat daripada Allah serta dikurniakan kesejahteraan buat negara khususnya dalam keadaan wabak COVID-19 yang sedang melanda.
-
JAKIM berbesar hati menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menonton dan mengikuti kedua-dua program yang bermanfaat ini.
-
Sehubungan itu, dimohon jasa baik rakan-rakan media untuk membuat hebahan berkaitan program ini.
Sekian, terima kasih.