KENYATAAN MEDIA
-
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat Bersama Agensi Pembimbing Usahawan Di Malaysia Secara Dalam Talian pada 17 Ogos ini. Persidangan tersebut bakal melibatkan penyertaan dari 5 Kementerian dan 22 agensi pembimbing yang dikenalpasti telah menjalankan bimbingan kepada usahawan di agensi masing-masing bersama 55 orang usahawan yang berdaftar dengan agensi yang diwakili.
-
Objektif utama penganjuran persidangan meja bulat ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan lagi komunikasi dan kerjasama di antara JAKIM serta Kementerian-kementerian yang menjadi penaung kepada agensi-agensi pembimbing di samping menjadi titik tolak kepada pembentukan pembangunan pelan perancangan strategik bagi melahirkan lebih ramai usahawan kecil dan mikro yang mempunyai pensijilan halal lebih terarah dan berfokus agar kekal berada pada landasan yang tepat.
-
JAKIM dan JAIN sentiasa komited dalam merancakkan lagi perkembangan industri halal di Malaysia. Melalui kerjasama strategik seumpama ini, lebih banyak lagi usahawan-usahawan luar bandar berpeluang untuk melebarkan sayap perniagaan dengan lebih meluas seterusnya memacu pensijilan halal sebagai sebahagian nilai ekonomi negara.
Sekian, terima kasih.
DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
07 Muharam 1443H / 16 Ogos 2021M