
KENYATAAN MEDIA
-
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerima maklum balas daripada ibu bapa/penjaga berkenaan calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 yang terjejas dan tidak memungkinkan calon menduduki peperiksaan pada 28 November hingga 1 Disember 2022.
-
Justeru, JAKIM bersetuju menguar-uarkan kepada Ibu bapa/Penjaga untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang berkaitan kepada Agensi Pelaksana (Pihak Berkuasa Agama di negeri atau pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan bagi pelaksanaan KAFA di negeri berkenaan) yang menguruskan peperiksaan UPKK sebelum 15 November 2022.
-
Keputusan rayuan akan dimaklumkan oleh Agensi Pelaksana kepada calon-calon yang berkenaan sahaja.
-
JAKIM sentiasa prihatin dengan keputusan yang telah ditetapkan serta menghargai komitmen semua pihak terhadap keadilan kepada semua calon UPKK Tahun 2022.
Sekian, terima kasih.