jata negara small

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROSES PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Bil. 3/2023


1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyambut baik hasrat dan saranan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri 1 pada 23 Mac 2023 agar proses pensijilan halal Malaysia ditambahbaik dan mengurangkan karenah birokrasi bagi memberi kemudahan kepada industri.

2. Sebagai pihak berkuasa berwibawa di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD2011) yang telah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, JAKIM di bawah penyelarasan YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im bin Mokhtar selaku Menteri di JPM Hal Ehwal Agama bersama-sama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa komited dan bersedia meneliti kaedah terbaik yang bersesuaian bagi memastikan proses pensijilan halal Malaysia menjadi lebih efisien dan efektif serta dapat memenuhi kehendak pasaran tempatan dan antarabangsa tanpa mengabaikan aspek pematuhan hukum dan standard yang ditetapkan.

Sekian.

Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff
Ketua Pengarah

30 Mac 2023