
KENYATAAN MEDIA
-
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) amat memahami akan kegusaran beberapa pihak mengenai pembayaran kenaikan elaun guru KAFA dan bantuan secara one-off kepada imam, bilal, siak, guru KAFA dan guru takmir yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.
-
JAKIM akan menguruskan penyaluran semua pembayaran berkenaan melalui Kerajaan Negeri sebaik sahaja peruntukan tersebut diterima.
-
Pembayaran kenaikan elaun Guru KAFA akan dibayar secara tunggakan bermula Januari 2023 kepada semua Guru KAFA di seluruh negara.
-
Dengan kenyataan ini, JAKIM menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa bayaran bantuan one-off kepada imam, bilal dan guru KAFA tidak termasuk dalam senarai bantuan oleh pihak kerajaan.