jata negara small

KENYATAAN MEDIA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
( HAL EHWAL AGAMA )

BERKENAAN

MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ
AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA (MTHQA) KE-63
TAHUN 1445H / 2023M

Bil. 21/2023

1-  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan MajlisTilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 Tahun 1445H / 2023M bermula pada 19 hingga 24 Ogos 2023 (Sabtu –Khamis) selama 6 hari bertempat di World Trace Centre Kuala Lumpur (WTC KL).

2-  Majlis Perasmian dan Pembukaan MTHQA Ke-63 ini akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada 19 Ogos 2023 (Sabtu) jam 8.45 malam.

3-  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim telah berkenan untuk berangkat dan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah kepada Johan Tilawah dan Johan Hafazan Al-Quran pada 24 Ogos 2023 (Khamis) jam 8.45 malam.

4-  Malaysia terkenal dengan kecemerlangan dalam menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sejak penganjuran pertamanya pada 8 Mac 1960 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Malahan kita pernah menerima pengiktirafan bagi kategori Penganjuran Program Al- Quran Terbaik 2016 oleh Kuwait International Prize Of Holy Quran.

5-  Penganjuran MTHQA pada kali ini melibatkan dua (2) kategori iaitu pertandingan Tilawah Al-Quran dan pertandingan Hafazan Al-Quran 30 juzuk.

TEMA MTHQA : PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI

6-  Sempena MTHQA Ke-63 tahun ini, Kerajaan telah memilih tema “Perpaduan Teras Malaysia Madani. Tema ini adalah bersesuaian dengan manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan kepada umat Islam termasuk masyarakat bukan Islam di negara ini.

7-  Nilai perpaduan yang berteraskan kepada Al-Quran adalah merupakan tunjang kepada masyarakat madani, yang maju bukan hanya dari segi kebendaan tetapi juga fikrah dan kerohanian. Sekiranya Allah berkehendak, nescaya semua manusia boleh dijadikan-Nya satu umat sahaja, namun sebalik hikmahnya Allah hendak menguji manusia dengan mencipta segala kepelbagaian dan perbezaan di dunia ini.

8-  Penganjuran Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa secara tahunan oleh Kerajaan Malaysia adalah manifestasi bagi menzahirkan komitmen pihak Kerajaan dalam menerapkan budaya minat membaca terhadap al-Quran dan memahami intipatinya serta mengaplikasikan tuntutan dan larangan Yang Maha Esa dalam amalan kehidupan kita seharian.

UJIAN SARINGAN MTHQA KE-63

9-  Jawatankuasa Induk MTHQA Ke-63 telah sebulat suara bersetuju supaya peserta-peserta yang akan menyertai MTHQA perlu melalui sesi ujian saringan. Alhamdulillah, sesi saringan kelayakan peserta MTHQA Ke-63 tersebut telah selesai dijalankan pada 19-24 Mei 2023 di Terengganu dan 1-8 Julai 2023 di Melaka yang lalu secara atas talian yang melibatkan penyertaan 112 orang peserta daripada 58 buah negara.

10-  Sesi ujian saringan kelayakan peserta MTHQA Ke-63 telah dinilai oleh baris dari 30 buah negara. Malaysia menghantar seramai empat (4 )orang peserta iaituan jemaah hakim yang berpengalaman dan memiliki ilmu yang luas dalam bidang Al-Quran.

PESERTA MTHQA KE-63

11-  Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) pada kali ini selepas saringan akan melibatkan seramai 76 orang peserta keseluruhannya dari 52 buah negara. Peserta tilawah seramai 36 orang (24 lelaki & 12 perempuan) dari 27 buah negara dan peserta hafazan seramai 40 orang (27 lelaki & 13 perempuan) dari 30 buah negara. Malaysia menghantar seramai empat (4 )orang peserta iaitu :-

  1. Dua (2) peserta Tilawah iaitu (Muhammad Qayyim Nizar bin Sarimi Qari OKU Penglihantan dari Kelantan & Nor Hidayah Binti Abd Rahman dari Terengganu)
  2.  
  3. Dua (2) peserta Hafazan iaitu (Ahmad Ikmal bin Mohd Ridhuan Johor & Dian Karisma Mohd Japar dari Sabah)

 HADIAH KEPADA PEMENANG

12- Alhamdulillah MTHQA pada tahun ini mendapat limpahan rezeki yang istimewa bagi Johan kedua-dua kategori tilawah dan menghafaz Al-Quran. Selain daripada hadiah wang tunai yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia. Pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sekali lagi bermurah hati menaja hadiah Tajaan Emas kepada Johan kedua-dua kategori tersebut.

13- Manakala perincian hadiah-hadiah yang ditawarkan kepada peserta MTHQA Ke-63 adalah seperti berikut:

      1) Kategori Tilawah Al-Quran:

           i.  Johan Qari dan Qariah :
   
                a. Tajaan Emas Sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
                b. Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia
                c. Hadiah Iringan
                d. Sijil

           ii.  Naib Johan Qari dan Qariah :
   
                a. Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia
                b. Hadiah Iringan
                c. Sijil
              
           iii.  Naib Johan Qari dan Qariah :
   
                a. Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia
                b. Hadiah Iringan
                c. Sijil              

           iv.  Hadiah Saguhati : Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia

            - Selain itu, setiap peserta akan menerima cenderamata.   
               
 2) Kategori Kategori Menghafaz Al-Quran:

           i.  Johan Lelaki dan Wanita :
   
                a. Tajaan Emas Sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
                b. Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia
                c. Hadiah Iringan
                d. Sijil

           ii.  Naib Johan Lelaki dan Wanita :
   
                a. Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia
                b. Hadiah Iringan
                c. Sijil
              
           iii.  Tempat Ketiga Lelaki dan Wanita :
   
                a. Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia
                b. Hadiah Iringan
                c. Sijil              

           iv.  Hadiah Saguhati : Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia

             - Selain itu, setiap peserta akan menerima cenderamata.

14-  Pihak penganjur mengucapkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasihPihak penganjur mengucapkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kerana bersetuju untuk memberikan sumbangan Tajaan Emas kepada Johan Qaridan Qariah bagi kategori Tilawah Al-Quran serta Johan Kategori Menghafaz Lelaki dan Wanita.

PENJURIAN MTQHA KE-63

15-  Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-63 pada tahun ini akan dihakimi oleh seramai 20 orang hakim dari pelbagai negara termasuklah Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Indonesia dan lain-lain. Bagi kategori Tilawah Al-Quran penghakiman akan dinilai dari 4 aspek iaitu Tajwid, Tarannum, Fasahah dan Suara. Manakala bagi kategori Menghafaz al-Quran pula terdapat dua (2) aspek tambahan penilaian iaitu dari sudut hafazan dan kelancaran bacaan.

ACARA SAMPINGAN SEMPENA MTHQA KE-63

16- Selain persembahan tilawah dan menghafaz Al-Quran dari para peserta dariseluruh dunia, Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-63 turut diserikan dengan bacaan qari jemputan, persembahan nasyid, tazkirah, bacaan qasidah, persembahan khas wakil-wakil peserta MTHQA Ke-63. Begitu juga Karnival Sempena MTHQA di ruang legar aras 2 WTCKL dan Liqa’ Ahlil Quran bersama 4 orang hakim (Maghribi,Mesir, Qatar dan Jordan) di Masjid Negara.

17-  Seluruh rakyat Malaysia dijemput beramai-ramai untuk menyaksikan MTHQA Ke-63 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada 19 hingga 24 Ogos 2023 bagi memeriahkan lagi majlis gilang gemilang ini. MTHQA Ke-63 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM1 bermula dari jam 8.45 malam hingga 11.30 malam. Bagi acara Hafazan pula akan disiarkansecara langsung menerusi saluran TV AlHijrah bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

18-  Selain itu, para penonton juga boleh mengikuti secara langsung  MTHQA Ke-63 melalui saluran media sosial rasmi JAKIM seperti TV JAKIM,Facebook dan Tiktok JAKIM, Radio IKIM, Radio Nasional FM serta lintas langsung dari beberapa radio dibawah RTM seperti Ai FM (Mandarin),Traxx FM (Inggeris), Minnal FM (Tamil) dan Asyik FM (Radio Orang Asli).

19-   Sehubungan itu, dimohon jasa baik rakan-rakan media untuk membuat hebahan berkaitan MTHQA Ke-63 ini.     


Sekian


YB SENATOR DATO’ SETIA DR. HAJI MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
8 Ogos 2023