jata negara small

KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

INISIATIF MADANI JAKIM  SEMPENA BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2023


Bil. 22/2023

1.      Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan tahun 2023 yang bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” JAKIM bergerak seiring dengan dasar Kerajaan yang telah meletakkan gagasan Malaysia Madani sebagai tunjang utama dalam pentadbiran negara. Di samping itu, JAKIM juga sentiasa memastikan pelaksanaan program-program jabatan akan dilaksanakan berpandukan agenda Transformasi Al-Falah yang diperkenalkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

2.   Dalam rangka memenuhi aspirasi Bulan Kebangsaan tahun 2023 ini, JAKIM telah merancang beberapa program yang signifikan ke arah meningkatkan semangat kecintaan kepada negara dalam kalangan masyarakat khususnya warga JAKIM seterusnya dapat menghindarkan diri dari anasir-anasir yang membawa kepada perpecahan dan permusuhan antara satu sama lain.

3.      Antara program yang telah dirancang adalah seperti berikut :-

    1. Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka 2023 Secara Rakaman Video Bertemakan Nilai-Nilai Islam bermula pada 7 Ogos 2023 sehingga 13 Ogos 2023 anjuran Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi.
    2. Pertandingan Lensa Merdeka Wefie@ILIM 2023 bermula pada 13 Ogos 2023 sehingga 17 Ogos 2023 anjuran Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi.
    3. Program “Santai-Santai Keluargaku” pada 19 Ogos 2023 anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
    4. Program “Rabitah Surau-Surau Putrajaya” pada 26 Ogos 2023 anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
    5. Program "Bacalah Anak-Anak Al-Falah" pada 29 Ogos 2023 anjuran Bahagian Penerbitan JAKIM.
    6. Program “Quran Hour” pada 30 Ogos 2023 anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
    7. Menerbitkan rancangan Fikrah tajuk “Merdekakah Aku” pada 30 Ogos secara langsung di TV1 RTM anjuran Bahagian Penyiaran JAKIM.
    8. Majlis Bacaan Yasin & Kesyukuran Sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2023 anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
    9. Menerbitkan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam tajuk “Legasi Merdeka” pada 31 Ogos jam 9.00 malam di TV1 RTM anjuran Bahagian Penyiaran JAKIM.

4.      Justeru, JAKIM berharap semoga dengan penganjuran pelbagai program sempena Bulan Kemerdekaan tahun 2023 ini akan mampu meningkatkan semangat patriotik umah agar dapat terus berbakti kepada Malaysia bumi tercinta ini yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama.


Sekian.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
9 Ogos 2023