KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
ISU TULAR PENGLIBATAN PEGAWAI JAKIM DALAM AKTIVITI PARTI POLITIK
Bil. 24 / 2023
-
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin merujuk isu tular di media sosial dan aduan yang melibatkan penyertaan pegawai JAKIM dalam aktiviti politik.
-
Jabatan ini mengambil serius laporan terhadap isu tersebut dan saya telah mengarahkan Jawatankuasa Tatatertib JAKIM untuk bertindak segera berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati melanggar sebarang peraturan ini.
- Sebagaimana yang sering diingatkan, semua warga kerja JAKIM dinasihatkan agar sentiasa mematuhi semua peraturan yang sedang berkuatkuasa dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan integriti dan imej perkhidmatan awam.
Sekian.
DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
16 Ogos 2023