jata negara small
KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA


BERKENAAN

PERUNTUKAN KEWANGAN JAKIM UNTUK NEGERI PAHANG


Bil. 26/2023

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan pada Selasa 29 Ogos 2023 telah menyerahkan cek cura Peruntukan Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2023 yang disalurkan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk negeri Pahang. Peruntukan berjumlah RM64,746,044.40 tersebut merupakan imbuhan tahunan dan bayaran elaun kepada guru KAFA, imam, bilal, siak dan guru takmir seluruh negeri Pahang.

  2. YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyampaikan cek cura peruntukan berkenaan kepada YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Peruntukan ini adalah bagi bayaran imbuhan RM850.00 (sebulan) kepada 1,391 imam, bayaran elaun RM900.00 (sebulan) kepada 525 guru takmir, bayaran elaun RM1,261.35 (sebulan) kepada 2,662 guru KAFA, serta caruman PERKESO sebanyak RM232.80 (setahun) kepada 3,600 imam, bilal, siak dan guru takmir di negeri Pahang. Peruntukan ini juga termasuk bayaran khas One-Off sebanyak RM600.00 kepada 1,391 imam, 1,684 bilal dan siak, 525 guru takmir dan 2,662 guru KAFA.

  3. Peruntukan Kewangan Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM kepada negeri Pahang ini adalah sebahagian daripada RM682,197,600.00 atau 74.53% daripada jumlah peruntukan tahunan JAKIM bagi tahun 2023.

  4. Semoga dengan peruntukan tersebut pendidikan dan pengajian Islam di Negara ini dapat terus diperkasakan bagi membina generasi Al-Falah (berjaya) yang berkualiti selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Sekian.

 

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
29 Ogos 2023M