KENYATAAN MEDIA
(HAL EHWAL AGAMA)
BERKAITAN
GEMPA BUMI DI MOROCCO, BANJIR BESAR DI LIBYA SERTA
PERDAMAIAN DALAM KONFLIK NEGARA SUDAN
-
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengikuti perkembangan laporan oleh agensi media tempatan dan antarabangsa berkenaan tragedi gempa bumi di Morocco, banjir besar yang melanda Libya termasuk konflik di Sudan.
-
Saya dan seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah buat semua mangsa dan seluruh ahli keluarga serta mendoakan kemudahan dan kelancaran bagi urusan mencari dan menyelamat mangsa khususnya di Morocco dan Libya.
-
Saya telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menganjurkan Solat Hajat di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 18 September 2023 (Isnin) selepas solat Maghrib. Seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut diminta melaksanakan Solat Hajat pada tarikh dan waktu yang sama.
-
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan buat seluruh rakyat Morocco dan Libya serta menghulurkan apa juga bentuk bantuan kepada mangsa-mangsa yang menghadapi ujian susulan bencana tersebut. Selain itu, kita juga berdoa supaya segala usaha perdamaian akan berjaya menyelesaikan konflik yang meletus di negara Sudan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)