jata negara small
KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

ISU PENGGUGURAN NAMA PENCERAMAH DATUK DR. NORHAFIZAH MUSA DALAM
PROGRAM MUSLIMAH PUTRAJAYA BERSELAWAT DI MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN PUTRAJAYA


Bil. 30 / 2023

  1. JAKIM merujuk isu pengguguran nama penceramah dalam Program Muslimah Putrajaya Berselawat yang tular.

  2. Program Muslimah Putrajaya Berselawat yang dijadual pada 24 September 2023 dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya. Susulan terdapat aduan yang diterima oleh pihak-pihak yang mempertikaikan penglibatan Datuk Dr. Norhafizah Musa dalam program tersebut, pihak MTMZA selaku rakan kerjasama program telah mengadakan perbincangan bersama penganjur utama program dan kesepakatan telah dipersetujui supaya langkah-langkah bagi mengelakkan isu berbangkit timbul, maka nama Datuk Dr. Norhafizah Musa telah digantikan dengan tokoh lain.

  3. Semoga isu ini tidak diperbesarkan dan menjadi hak penganjur untuk menentukan keputusan bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.

          Sekian.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
KETUA PENGARAH JAKIM

18 September 2023