
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
MENGENAI
PENANGGUHAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)
BAGI MATA PELAJARAN UPKK03/01 SIRAH
-
Dimaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi mata pelajaran UPKK03/01 Sirah yang dijadualkan pada hari ini 17 Januari 2024 (Rabu) akan ditangguhkan kepada
23 Januari 2024 (Selasa) atas isu teknikal yang tidak dapat dielakkan. -
JAKIM memohon maaf atas kesulitan ini dan berdoa agar semua calon UPKK di seluruh negara dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ujian yang sedang berlangsung. Semoga semuanya mendapat kejayaan yang cemerlang.
-
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini bolehlah menghubungi JAKIM di talian 0388707498/7575/7567/7560.
Sekian.
DATIN PADUKA HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
17 Januari 2024