jata negara small
 

KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

MAJLIS PELUNCURAN DIGITAL ENTREPRENUERSHIP ASNAF (DEA)

 
Bil. 19/2024


1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Maybank Islamic Berhad pada hari ini melancarkan Majlis Peluncuran Digital Entreprenuership Asnaf (DEA) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Projek ini mula dilaksanakan pada 11 Mei – hingga 13 Mei 2024 di negeri Melaka.

2. Projek Digital Entreprenuership Asnaf (DEA) merupakan program yang julung kali diadakan oleh JAKIM bersama-sama Maybank Islamik Berhad dan Sinergi Ilmu Resources Sdn Bhd yang merupakan ahli tetap yang menganggotai Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Islam Melaka (UNIMEL).

3. Projek Digital Entreprenuership Asnaf (DEA) ini diperkasakan melalui tiga strategi dan objektif utama iaitu strategi mengeluarkan mereka dari kemiskinan dan meningkatkan ekonomi golongan asnaf, strategi mengenalpasti potensi asnaf sebelum bergelar usahawan serta strategi penyusunan program-program usahawan yang khusus untuk usahawan asnaf.

4. Bagi mencapai objektif ini, Maybank Islamic Berhad berbesar hati meluluskan peruntukan sebanyak Lima Ratus Ribu Ringgit (RM500,000) daripada dana zakat untuk menjayakan projek ini. Melalui peruntukan tersebut, seramai 150 orang peserta asnaf akan melalui empat (4) fasa pembelajaran dan akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM250 beserta sebuah tablet dan workbook.

5. Signifikan pelaksanaan Projek Digital Entreprenuership Asnaf (DEA) adalah untuk membolehkan para asnaf memiliki kemampuan dan kredibiliti untuk menjana pendapatan sendiri secara mampan, melalui bidang seperti pemasaran digital, e-dagang, pengurusan media sosial dan celik kewangan yang dibimbing oleh pasukan pakar industri. Diharapkan juga, mereka dapat mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang seterusnya menjadi pembayar zakat yang konsisten untuk membantu orang lain.

6. Projek ini bermula dengan pemilihan peserta pada bulan Februari hingga April 2024. Manakala kelas pembelajaran bermula pada bulan Mei 2024 hingga Januari 2025.


Sekian.

DATIN PADUKA HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
12 Mei 2024