KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
ISTIADAT KONVOKESYEN DARUL QURAN JAKIM KE-32
Bil. 23/2024
1. Darul Quran JAKIM meraikan seramai 592 orang graduan (dari semua program pengajian yang ditawarkan) dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Ke-32 yang berlangsung pada hari ini 14 Julai 2024 di Dewan Banquet, Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, Selangor.
2. Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Ke-32 ini disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
3. Perincian jumlah graduan berdasarkan program-program pengajian yang ditawarkan oleh Darul Quran adalah seperti berikut:
• 45 orang pelajar penerima Sijil Tamat Pengajian daripada Program Ijazah Sarjana Muda Quran dan Sunnah USIM di Darul Quran,
• 414 orang pelajar daripada Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat,
• 111 orang graduan daripada Program Pensijilan Tahfiz al-Quran bagi kolaborasi JAKIM-IIUM (International Islamic University Malaysia), JAKIMUNITEN (Universiti Tenaga Nasional), JAKIM-UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka), JAKIM-IPGKPI (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam), JAKIM-PSA (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah), dan JAKIM-MSU (Management & Science University).
• 7 orang pelajar Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran,
• 7 orang perantis Program Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Bidang Pengurusan Masjid.
• 8 orang perantis Program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Bidang Pengurusan Masjid
4. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua graduan yang bergraduasi dalam Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM ke-32 ini.
5. Sejak penubuhannya pada tahun 1966 hingga 2024, Darul Quran telah melahirkan seramai 11,882 orang graduan huffaz melalui pelbagai program pengajian yang ditawarkan.
6. Para graduan memikul tanggungjawab yang besar sebagai produk institusi pendidikan Islam terutamanya pendidikan tahfiz. Mereka diharapkan agar menjadi duta penyatuan ummah yang berpegang teguh pada ajaran Islam sebenar di samping mempromosikan nilai-nilai kesederhanaan dan toleransi dalam masyarakat.
7. Penyatuan ummah perlu berasaskan kepada konsep "wasatiyyah" atau kesederhanaan dalam Islam. Islam adalah agama yang menekankan keseimbangan serta moderasi dan penyatuan ummah perlu berasaskan kepada prinsip-prinsip ini. Ekstremisme sama ada dalam bentuk keagamaan atau sekularisme, adalah berbahaya dan bertentangan dengan ajaran Islam. Ia selaras dengan konsep Malaysia Madani yang menekankan keseimbangan antara pembangunan material dan spiritual dalam membentuk masyarakat yang sejahtera.
Sekian.
DATIN PADUKA HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
14 Julai 2024 / 8 Muharam 1446