jata negara small
  

KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKAITAN

VIDEO SEBARAN DI MEDSOS YANG BERTAJUK  "BERJASA KESAL 1,000 SEKOLAH AGAMA BELUM TERIMA IMBUHAN BAJET 2024"

 

 

Bil. 39/2024


bismillah 2


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah

 


1. JAKIM telah mengenalpasti sebuah video yang bertajuk "BERJASA kesal 1,000 sekolah agama belum terima imbuhan Bajet 2024" telah tersebar di media sosial dan berdurasi 1.59 minit terbitan TV Pertiwi.

2. Justeru, JAKIM ingin memberikan penjelasan terhadap beberapa perkara dalam video tersebut yang ada kaitan dengan fungsi dan peranan JAKIM.

3. Sehingga bulan Oktober 2024, Kerajaan melalui MOF telah selesai menyalurkan peruntukan tersebut kepada JAKIM sebanyak RM120 juta.

4. Data jumlah Sekolah Agama Rakyat (SRA) dan Tahfiz di dalam Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM sehingga September 2024 menunjukkan bilangan SRA dan Tahfiz adalah berjumlah 3,601 buah dan bukan seperti yang didakwa. Manakala peruntukan kepada 874 buah sekolah itu adalah bagi bantuan pengoperasian Sekolah Agama Rakyat yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan sebanyak RM5.36 juta dan setiap sekolah dari 874 itu telah mendapat peruntukan dengan kadar RM1,901.25 hingga RM15,421.05 bergantung kepada jumlah keseluruhan pelajar yang ada pada Sekolah Agama Rakyat yang memohon.

5. Bilangan IPI yang memohon bantuan pengoperasian SRA bukan bantuan selenggara dan naik taraf IPI.

6. Berikut adalah senarai peruntukan yang telah disalurkan mengikut negeri-negeri berkenaan :-

     a- Negeri Perlis RM863,000.00 melibatkan sebanyak 11 buah IPI
     b- Negeri Kedah RM4,671,600.00 melibatkan sebanyak 55 buah IPI
     c- Negeri Kelantan RM1,050,000.00 melibatkan sebanyak 14 buah IPI
     d- Negeri Terengganu RM1,701,400.00 melibatkan sebanyak 22 buah IPI

7. Walaupun secara keseluruhan negeri-negeri ini mempunyai bilangan IPI yang banyak, namun mereka wajib memohon melalui pemegang taruh masing-masing dan perlu mengikuti syarat-syarat yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan Bantuan Selenggara dan Naik Taraf Institusi Pendidikan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Tahun 2024. Semoga dengan penjelasan dapat memberi pencerahan terhadap isu yang telah dibangkitkan oleh pihak berkenaan.

Sekian, terima kasih.

DATO’ DR SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
2 Rabiul Akhir 1446H / 5 Oktober 2024M