KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKAITAN
MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA (MTHQA) KE-64 TAHUN 1446H/2024M
6. Sesi ujian saringan kelayakan peserta MTHQA Ke-64 telah dinilai oleh barisan Jemaah Hakim yang berpengalaman dan memiliki ilmu yang luas dalam bidang Al-Quran. Seramai 92 orang peserta melibatkan 71 buah negara telah berjaya melepasi ujian saringan tersebut dan mereka akan menyertai MTHQA Ke-64 ini.
7. MTHQA pada kali ini akan melibatkan seramai 92 orang peserta keseluruhannya dari 71 buah negara. Peserta tilawah seramai 53 orang (39 lelaki & 14 perempuan) dari 41 buah negara dan peserta hafazan seramai 39 orang (26 lelaki & 13 perempuan) dari 36 buah negara. Malaysia menghantar seramai 4 orang peserta iaitu :-
(i). Dua (2) peserta Tilawah iaitu Mohamad Husaini Bin Mahmur dari Negeri Sembilan
dan Nor Hidayah Binti Abd Rahman dari Terengganu
(ii) Dua (2) peserta Hafazan iaitu Muhammad Rifae’i Bin Mat Zuki dari Negeri Kedah
dan Putri Aminah Binti Mohd Hanif dari Kelantan
8. Alhamdulillah MTHQA pada tahun ini menadapat limpahan rezeki yang istimewa bagi Johan kedua-dua kategori tilawah dan menghafaz Al-Quran. Selain daripada hadiah wang tunai yang disediakan oleh Kerajaan, pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sekali lagi bermurah hati menaja hadiah Kepingan Emas (Gold Bar) kepada Johan kedua-dua kategori tersebut yang bernilai RM 48,000.00 (RM 12,000.00 x 4 Johan bagi dua kategori).
9. Manakala perincian hadiah-hadiah yang ditawarkan kepada peserta MTHQA Ke-64 adalah seperti berikut:
1) Kategori Tilawah Al-Quran:
i. Johan Qari dan Qariah :
a. Kepingan Emas (Gold Bar) bernilai RM 12,000.00 setiap juara (2 orang)
Sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
b. Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia berjumlah RM40,000.00
c. Hadiah Iringan
d. Sijil
ii. Naib Johan Qari dan Qariah :
a. Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia berjumlah RM30,000.00
b. Hadiah Iringan
c. Sijil
iii. Tempat Ketiga Qari dan Qariah :
a. Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia berjumlah RM20,000.00
b. Hadiah Iringan
c. Sijil
iv. Hadiah Saguhati : Wang Tunai RM3000.00
*Selain itu, setiap peserta akan menerima cenderamata.
2) Kategori Menghafaz Al-Quran:
i. Johan Lelaki dan Wanita :
a. Kepingan Emas (Gold Bar) bernilai RM 12,000.00 setiap juara (2 orang)
Sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
b. Wang Tunai dari Kerajaan Malaysia berjumlah RM40,000.00
c. Hadiah Iringan
d. Sijil
ii. Naib Johan Lelaki dan Wanita :
a. Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia berjumlah RM30,000.00
b. Hadiah Iringan
c. Sijil
iii. Tempat Ketiga Lelaki dan Wanita:
a. Wang Tunai daripada Kerajaan Malaysia berjumlah RM20,000.00
b. Hadiah Iringan
c. Sijil
iv. Hadiah Saguhati : Wang Tunai RM3,000.00
*Selain itu, setiap peserta akan menerima cenderamata.
10. Pihak penganjur mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada YaPEIM untuk tajaan ini.
TEMA MTHQA : AL-FALAH PEMACU MALAYSIA MADANI
11. Sempena MTHQA Ke-64 tahun ini, Kerajaan telah memilih tema “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”. Tema ini adalah manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat. Dalam konteks ini, pembangunan ummah yang berteraskan konsep Al-Falah (kejayaan) ini perlu disemai, digarap, dihayati dan dicapai bagi merealisasikan Gagasan Malaysia MADANI.
12. Penganjuran MTHQA secara tahunan oleh Kerajaan Malaysia adalah amat relevan dalam menzahirkan komitmen pihak Kerajaan untuk menerapkan budaya minat membaca terhadap Al-Quran dan memahami intipatinya serta mengaplikasikan tuntutan dan larangan Yang Maha Esa dalam amalan kehidupan kita seharian. Penganjuran ini juga merupakan manifestasi usaha memartabatkan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Melalui MTHQA, agenda pembangunan ummah dan pembinaan generasi Al-Falah yang selari dengan aspirasi Malaysia MADANI sebagaimana digagaskan oleh YAB Perdana Menteri dapat terus diperkasakan.
PENJURIAN MTQHA KE-64
13. MTHQA Ke-64 pada tahun ini akan dihakimi oleh seramai 15 orang hakim dari pelbagai negara termasuklah Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Indonesia dan lain-lain. Bagi kategori Tilawah Al-Quran, penghakiman akan dinilai dari aspek Tajwid, Tarannum, Fasahah dan Suara. Manakala bagi kategori Hafazan al-Quran pula terdapat dua (2) aspek tambahan penilaian iaitu dari sudut hafazan dan kelancaran bacaan.
ACARA SAMPINGAN SEMPENA MTHQA KE-6
14. Selain persembahan tilawah dan hafazan Al-Quran dari para peserta dari seluruh dunia, MTHQA Ke-64 turut diserikan dengan bacaan qari jemputan, persembahan nasyid, tazkirah, bacaan qasidah, Karnival MTHQA, persembahan khas wakil-wakil peserta MTHQA Ke-64 dan World Quran Symposium Tahun 2024 “Transformasi Ummah Melalui Kemukjizatan Al-Quran”.
15. World Quran Symposium Tahun 2024 “Transformasi Ummah Melalui Kemukjizatan Al-Quran” akan diadakan pada 10 Oktober 2024 (Khamis) bersempena dengan MTHQA. World Quran Symposium (WQS) menampilkan Fadhilatu As-Syaikh Maher bin Hamad Al-Mu’aiqly, Imam Masjidil Haram selaku tetamu undangan khas yang akan menyampaikan ucaptama.
16. Rakyat Malaysia dijemput beramai-ramai untuk menyaksikan MTHQA Ke-64 di Pusat Dagangan Dunia - World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada 5 hingga 12 Oktober 2024 dengan tempat adalah terhad. Acara tilawah akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 RTM bermula dari jam 8.45 malam hingga 11.30 malam. Bagi acara hafazan pula akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV AlHijrah bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
17. Selain itu, para penonton juga boleh menyaksikan secara langsung MTHQA Ke-64 melalui saluran media sosial rasmi JAKIM seperti TV JAKIM, Facebook dan Tiktok JAKIM, Radio IKIM, Radio Nasional FM serta lintas langsung dari beberapa radio dibawah RTM seperti Ai FM (Mandarin), Traxx FM (Inggeris), Minnal FM (Tamil) dan Asyik FM (Radio Orang Asli).
18. Sehubungan itu, dimohon jasa baik rakan-rakan media untuk membuat hebahan berkaitan MTHQA Ke-64 ini.
Sekian, terima kasih.
DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
2 Rabiul Akhir 1446H / 5 Oktober 2024M