KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKAITAN
MULTAQA PENDAFTAR NIKAH, CERAI DAN RUJUK (NCR) DAN PEGAWAIMULTAQA PENDAFTAR NIKAH, CERAI DAN RUJUK (NCR) DAN PEGAWAIRUNDINGCARA SELURUH MALAYSIA TAHUN 2024
Bil. 47/2024
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Multaqa Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk dan Pegawai Rundingcara Seluruh MalaysiaTahun 2024, pada 30 Oktober 2024 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
2. Multaqa ini merupakan pertemuan di peringkat kebangsaan yang menghimpunkan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) negeri-negeri, Pendaftar Kanan, Pendaftar, Penolong Pendaftar dan Pegawai Rundingcara dari negeri-negeri seluruh Malaysia. Multaqa pada kali ini melibatkan hampir 300 penyertaan.
3. Multaqa ini sebagai satu wadah perkongsian pengetahuan berkaitan isu-isusemasa NCR dan isu-isu semasa dalam kes-kes runding cara serta khidmat nasihat perkahwinan dan kekeluargaan Islam. Multaqa ini juga bertujuan mengukuhkan hubungan dan jaringan kerjasama strategik antara JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri yang terlibat secara langsung dengan masyarakat dalam pengurusan NCR dan perkhidmatan runding cara keluarga.
4. Multaqa pada tahun ini memberi penekanan berkaitan “Etika dan Integriti Pendaftar NCR dan Pegawai Rundingcara” melalui pembentangan yang akan disampaikan oleh Puan Razidah binti Adam, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dasar Kemajuan Islam, JAKIM dan perkongsian ilmu fiqh munakahat semasa berkenaan “Iddah Mu’asyarah: Peranan Pendaftar NCR dan Pegawai Rundingcara” yang akan dibawakan oleh Tuan Haji Shukeri Najib bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah Negeri Melaka, serta “Diskusi Isu-Isu Semasa Perkahwinan” yang akan dikupas oleh Tuan Haji Mohd Kamal bin Mohamad Noor, Ketua Pendaftar NCR Negeri Perak, dan Ustaz Mohd Rasmawi bin Harun, Ketua Pendaftar NCR Negeri Pahang.
5. Disamping itu, pada multaqa ini akan dilancarkan dua buah Garis Panduanyang berkait rapat dengan perkahwinan Islam, iaitu Garis Panduan KSKCareCentre dan Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Pascaperkahwinan Islam Berdasarkan Modul Pascaperkahiwnan Islam. Garis Panduan ini merupakan panduan danrujukan kepada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan semua pihak yangmenyediakan perkhidmatan kaunseling syarie, rawatan Islam, terapi psikospiritual Islam dan bimbingan kekeluargaan, serta penganjur Kursus Pascaperkahwinan Islam.Mudah-mudahan usaha ini dapat membantu melahirkan sebuah keluarga sakinah, dan seterusnya membantu mengurangkan permasalahan rumah tangga dan konflik keluarga dalam kalangan umat Islam di negara ini.
6. Penganjuran multaqa ini diharapkan mampu meningkatkan pengetahuan dan kompetensi para pendaftar NCR dan pegawai runding cara, serta mendukung akauntabiliti dan ketelusan mereka dalam menggalas peranan sebagai penggerak utama kesejahteraan keluarga masyarakat Islam di Malaysia.
7. Penganjuran program ini menunjukkan komitmen Kerajaan khususnya JAKIM selaku agensi agama di peringkat persekutuan dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dalam memperkasa kualiti penyampaian dan menambah baik tadbir urus, seterusnya menambah keyakinan masyarakat Malaysia terhadap perkhidmatan pengurusan Nikah, Cerai dan Rujuk dan runding cara keluarga.

Sekian, terima kasih.
DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
27 Rabiul Akhir 1446H / 30 Oktober 2024M