KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
OPERASI TIGA MASJID UTAMA DI BAWAH JAKIM SEPANJANG TEMPOH PKPB
1. Sukacita dimaklumkan, bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 hingga 27 Oktober 2020 seperti yang diumumkan kerajaan, JAKIM ingin memaklumkan bahawa operasi di tiga buah masjid utama di bawah pentadbiran JAKIM iaitu, Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah seperti berikut :
-
Semua program pengimarahan seperti kuliah, ceramah, kelas pengajian adalah ditangguhkan;
-
Solat berjemaah lima waktu dijalankan secara terhad kepada tidak lebih 20 orang jemaah yang akan ditentukan berdasarkan jemputan pihak masjid sahaja; dan
-
Solat Jumaat akan diadakan dengan kehadiran jemaah terhad kepada 50 orang yang akan ditentukan berdasarkan jemputan pihak masjid.
Sekian, terima kasih.
DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
15 Oktober 2020