
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
PENYEBARAN KENYATAAN BERUNSUR KEBENCIAN DAN HASUTAN MELALUI MEDIA SOSIAL
Bil. 21/2025

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memandang serius penyebaran kenyataan berunsur penghinaan, hasutan dan kebencian terhadap agama Islam yang tular di media sosial melibatkan pemilik akaun bernama “Lyan Liu”.
2. Sehubungan dengan itu, JAKIM telah mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap pemilik akaun tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada, memandangkan kandungan tersebut jelas berunsur ekstremisme, kebencian agama dan perkauman.
3. Kenyataan yang dimuat naik individu berkenaan mengandungi unsur penghinaan keterlaluan terhadap agama dan bangsa, yang jelas bertentangan dengan prinsip keharmonian antara kaum dan agama yang telah lama dipelihara di negara ini.
4. JAKIM menegaskan bahawa kebebasan bersuara tidak seharusnya disalahgunakan untuk menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama. Tindakan sedemikian bukan sahaja mencetuskan sensitiviti umat Islam, malah berpotensi mengganggu ketenteraman awam serta menggugat perpaduan nasional.
5. JAKIM menyeru orang ramai agar tidak terpengaruh atau bertindak balas secara emosional terhadap sebarang bentuk provokasi seumpama ini, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas berdasarkan lunas undang-undang.
Sekian, terima kasih.DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
18 April 2025 / 17 Syawal 1446H
FB : https://www.facebook.com/share/1GpXiKhGnU/?mibextid=wwXIfr
IG : https://www.instagram.com/p/DIkQcEbh3KW/?igsh=MWRiZ2JibmN0YWdx
X : https://x.com/myjakim/status/1913015341061730316?s=46&t=XDG0T46SXJyQBXwgRdaZBQ
Telegram : https://t.me/myJakim/8224