KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
PELAKSANAAN MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT BUAT ALLAHYARHAM ADIK ZARA QAIRINA
13 OGOS 2025M / 19 SAFAR 1447H
Bil. 34/2025
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menzahirkan sokongan penuh terhadap arahan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), agar semua masjid di bawah kelolaan JAKIM serta masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat buat Allahyarham Adik Zara Qairina pada Khamis, 14 Ogos 2025, selepas solat Maghrib.
2. Sebagai tanda kebersamaan, JAKIM akan memastikan semua pengurusan masjid di bawah kelolaan JAKIM melaksanakan arahan ini dengan penuh tertib dan teratur, sesuai dengan syiar Islam.
3. Majlis ini bukan sahaja sebagai doa untuk kesejahteraan buat Allahyarham, malah sebagai tanda kasih sayang, solidariti dan keprihatinan kita sebagai umat Islam terhadap ahli keluarga yang sedang diuji.
4. Saya menyeru seluruh umat Islam, khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan, untuk mengambil peluang hadir dan menyertai majlis ini di masjid atau surau masing-masing. Semoga doa yang dipanjatkan secara bersama ini nanti menjadi sumber kekuatan dan ketenangan, di samping menjadi amal jariah yang berterusan buat Allahyarham.
5. Bagi pihak seluruh warga JAKIM, saya merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Zara Qairina. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, merahmatinya, dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Sekian, terima kasih.
DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA