SIARAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
PROGRAM HALAQAH MUBALIGH ASEAN 2025
12 OGOS 2025M / 18 SAFAR 1447M
1. Program Halaqah Mubaligh ASEAN 2025 merupakan sebuah inisiatif strategik anjuran Pertubuhan Ukhwah Da'i Antarabangsa (MUDA) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Program ini dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 14 Ogos 2025, di Hotel Hype Motorsports, Nilai, Negeri Sembilan.
2. Majlis perasmian program akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), pada 12 Ogos 2025 jam 8:00 malam, manakala majlis penutup akan disempurnakan oleh saya sendiri pada 14 Ogos 2025, jam 10:00 pagi.
3. Program Halaqah Mubaligh ASEAN 2025 merupakan sebuah inisiatif dakwah berskala serantau yang dirangka khusus bagi memperkukuh jaringan ukhuwah serta mempererat hubungan persaudaraan dalam kalangan penggerak dakwah dari seluruh rantau ASEAN dan peringkat antarabangsa. Melalui platform ini, sinergi dakwah rentas sempadan dapat diperkasa, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama strategik dan hubungan diplomatik yang lebih erat. Program ini juga dijangka memberi impak besar dalam membina asas yang kukuh bagi pembangunan ummah, di samping memperteguh kedudukan negara di persada global menerusi daya pengaruh Islam yang berteraskan nilai, hikmah dan kesederhanaan.
4. Dua matlamat utama digariskan dalam pelaksanaan Program Halaqah Mubaligh ASEAN 2025. Pertama, menjadikan program ini sebagai wadah perbincangan konstruktif berkenaan isu-isu pembangunan ekonomi umat Islam di rantau ASEAN. Kedua, merintis jaringan kerjasama strategik antara Gerakan Mubaligh Islam dan negara-negara serantau melalui inisiatif “Muslim Networking Inter-ASEAN State.” Lebih daripada itu, inisiatif ini turut berperanan memperkukuh benteng kekeluargaan umat dengan menerapkan nilai kebersamaan sebagai teras perpaduan dan kekuatan ummah.
5. Penyertaan seramai 150 penggerak dakwah dari Malaysia dan negara-negara ASEAN dalam program ini bakal memberikan impak yang signifikan terhadap kerjasama dan hubungan antarabangsa, khususnya dalam bidang pendidikan dan dakwah. Jalinan ukhuwah yang terbina bukan sahaja akan memudah cara perkongsian ilmu dan amalan terbaik, malah memperkasa metodologi dakwah serta pendidikan Islam di seluruh rantau. Kesatuan suara dan pengalaman dari pelbagai latar belakang ini akan meningkatkan peranan mereka sebagai ejen perubahan yang mampu menghadapi cabaran ummah secara kolektif dan berstrategi.
6. Bagi melahirkan resolusi terbaik demi kemajuan dakwah di rantau ASEAN, beberapa slot pengisian utama telah diatur dengan teliti. Ia menampilkan tajuk-tajuk berfokus seperti Peranan Mubaligh, Malaysia MADANI: Maqasid Syariah Anjakan Baharu Dunia Islam, Peranan Mubaligh dalam Industri Halal, Peranan Mubaligh dalam Pembangunan Ekonomi Islam, dan Peranan Mualaf dan Dakwah Islam. Sesi-sesi berharga ini akan dikendalikan oleh pakar-pakar terpilih, yang akan menjadi pembimbing utama dalam membentuk kefahaman jelas peranan mubaligh dan menjelajahi solusi bagi cabaran dakwah kontemporari.
7. Penganjuran program ilmu ini diharap bukan sahaja dapat melengkapi para pendakwah dan mubaligh, malah memperkasa diri mereka untuk memainkan peranan yang lebih berkesan dalam membawa perubahan positif kepada ummah. Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif untuk merealisasi gagasan Malaysia MADANI, dengan mempromosi nilai kesejahteraan dan hormat melalui penyampaian dakwah yang berhikmah, berstrategi, dan berlandaskan nilai rahmah. Secara langsung, ini menzahirkan komitmen kerajaan MADANI yang mengintegrasi nilai agama dalam pembangunan negara. Justeru itu, Malaysia berpotensi menjadi model negara Islam membangun yang seimbang dari aspek fizikal dan spiritual, sekali gus memastikan Islam Mekar di Bumi Malaysia dan di seluruh dunia.
Sekian, terima kasih.
DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA