
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
PELAKSANAAN SOLAT HAJAT UNTUK KESELAMATAN PASUKAN SUMUD FLOTILLA
Bil. 41/2025
1.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merujuk kepada kenyataan media daripada YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk melaksanakan Solat Hajat bagi memohon keberkatan, perlindungan serta keselamatan para sukarelawan Pasukan SUMUD FLOTILLA, yang pada masa ini sedang menghadapi pelbagai cabaran dalam misi kemanusiaan mereka.
2.Selaras dengan arahan YB Menteri, JAKIM telah mengeluarkan arahan kepada semua masjid di bawah seliaan JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, untuk melaksanakan Solat Hajat pada hari esok, iaitu 26 September 2025 (Jumaat) bersamaan 4 Rabiulakhir 1447H selepas Solat Jumaat dilaksanakan.
3.Justeru, semua umat Islam di negara ini diseru agar bersama-sama berdoa agar misi kemanusiaan ini dipermudahkan, para sukarelawan dilindungi serta diberi kekuatan dan kesihatan yang baik. Semoga usaha murni ini mendapat rahmat dan pertolongan Allah SWT.
Sekian, terima kasih.DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
25 SEPTEMBER 2025M / 3 RABIULAKHIR 1447H
FB: https://www.facebook.com/share/p/1JWyYfCWyb/?mibextid=wwXIfr
IG: https://www.instagram.com/p/DPBEQOeD_5x/?igsh=MWdiMDUwempiNThrbg==
X: https://x.com/myjakim/status/1971113960276738352?s=46&t=XDG0T46SXJyQBXwgRdaZBQ
Telegram: https://t.me/myJakim/8612