jata negara small
  

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PELAKSANAAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) DAN ITHBAT KAFA PRATAHFIZ (IKP) TAHUN 2026


Bil. 08/2026
 
 
 
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) dan Ithbat KAFA Pratahfiz (IKP) Tahun 2026 akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan di seluruh negara. Pelaksanaan ini melibatkan komponen pentaksiran berterusan, peperiksaan bertulis dan pentaksiran hifz al-Quran yang akan dilaksanakan secara serentak mengikut tarikh yang ditetapkan oleh JAKIM.1
 
2. UPKK merupakan mekanisme pentaksiran kebangsaan yang dilaksanakan oleh JAKIM bagi menilai tahap penguasaan, kefahaman dan penghayatan murid Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) terhadap pendidikan Islam secara menyeluruh. Selaras dengan usaha memperkukuh kualiti pendidikan KAFA, pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan turut memberi penekanan kepada aspek pengetahuan, kemahiran dan penghayatan nilai Islam dalam kehidupan seharian.
 
3. Pelaksanaan UPKK dan IKP Tahun 2026 melibatkan beberapa komponen pentaksiran seperti berikut: 
 
Komponen PentaksiranTarikh PelaksanaanKaedah Pelaksanaan
Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) 29 Jun – 28 September 2026 Mengikut waktu persekolahan
Amali Solat 29 Jun – 28 September 2026 Mengikut waktu persekolahan
Pentaksiran Al-Quran 28 September – 16 Oktober 2026 Mengikut waktu persekolahan
ITHBAT KAFA Pratahfi z (IKP) – Hifz al-Quran 3 – 6 Ogos 2026 Mengikut waktu persekolahan
Peperiksaan Bertulis UPKK 2 – 5 November 2026 Mengikut jadual peperiksaan yang
 
 
4. Semua calon yang berdaftar untuk menduduki UPKK adalah wajib mengikuti Pentaksiran Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Amali Solat sebagai sebahagian daripada komponen penilaian keseluruhan.4. Semua calon yang berdaftar untuk menduduki UPKK adalah wajib mengikuti Pentaksiran Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Amali Solat sebagai sebahagian daripada komponen penilaian keseluruhan.
 
5. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan sokongan semua pihak yang berkaitan amatlah dihargai bagi memastikan pelaksanaan UPKK dan IKP Tahun 2026 dapat berjalan dengan lancar, teratur serta mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
 
Sekian, terima kasih.
 
DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
24 JUN 2026 / 8 MUHARAM 1448