TV JAKIM merupakan platform dan wadah penyampaian bagi menyebarluaskan kandungan yang berorentasikan islam yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada masyarakat islam khususnya di Malaysia. Pada peringkat awal TV JAKIM diperkenalkan, kebanyakan kandungannya adalah berbentuk Video On Demand (VoD) dan kemudiannya diperluaskan kepada program siaran lansung iaitu live streaming melalui Portal Rasmi TV JAKIM melalui saluran  https://www.youtube.com/@tvjakim
 
TV JAKIM bukan sahaja ditonton oleh pengguna di Malaysia tetapi ia juga telah menembusi ke peringkat Antarabangsa. Memandangkan JAKIM selaku agensi peneraju dalam hal ehwal islam di Malaysia, ia menganjurkan acara-acara berskala besar seperti Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran, Konvensyen Badan Pensijilan Halal, Konvensyen MABIMS dan lain-lain lagi.
Portal e-Solat dan Aplikasi mySolat merupakan gerbang utama bagi mendapatkan informasi yang berkaitan dengan ibadah solat dimana ianya dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti takwim waktu solat, masjid terdekat, artikel, tarikh penting dalam islam, koleksi doa, infografik serta kalkulator untuk menukar tarikh miladi ke hijri.
Sistem Pengurusan Tilawah Al-Quran & Hafazan Kebangsaan merupakan satu sistem yang menguruskan pendaftaran peserta-peserta yang akan mengikuti program ini. Pendaftaran merangkumi bagi kedua-dua kategori dengan beberapa penilaian dan tapisan maklumat diri peserta yang akan disaring terlebih dahulu. Ini adalah bagi mengelakkan berlaku kesilapan maklumat serta menjaga integriti data peserta itu sendiri.
Sistem Maklumat Imam dan Masjid (SISMIM) adalah gerbang informasi berkaitan maklumat pengurusan masjid, surau dan takmir. Informasi SISMIM juga digunapakai dalam Portal Masjid sebagai perkongsian maklumat dengan orang ramai.
Aplikasi Mobil Smart Hadith dibangunkan dengan kerjasama antara Suruhanjaya Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia merupakan satu platform yang mudah digunakan oleh pengguna bagi mendapatkan hadith yang sahih. Terdapat pelbagai koleksi hadith berdasarkan kitab, bab, perawi dan lain-lain lagi.

Antara objektif utama aplikasi ini dibangunkan adalah:
 
  • Sebagai gerbang maklumat altenatif (kedua) yang disediakan untuk pengguna untuk mendapatkan pelbagai koleksi hadith.
  • Meningkat kepantasan capaian terhadap maklumat yang disediakan.

Fungsi utama aplikasi Smart Hadith:

  • Carian;
  • Hadith Harian;
  • Perkongsian maklumat ke media sosial;
  • Hadith yang paling popular;
  • Bookmark; dan
  • Pertanyaan.