Kurator Berita : Bahagian Dakwah
4 Mei 2021 (SELASA) - JAKIM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sekali lagi telah bekerjasama memastikan petugas pasukan pengurus jenazah berisiko Covid-19 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selamat menerima suntikan vaksin dos kedua hari ini, setelah menerima vaksin dos pertama pada 15 April yang lalu.
 
Seramai 69 orang petugas terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAKIM termasuk Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan JAWI serta Masjid Wilayah Persekutuan telah hadir untuk menerima suntikan vaksin dos kedua ini, bertempat di Kompleks Sukan Desa Tasik, Kuala Lumpur.
 
Semoga petugas pasukan pengurusan jenazah Covid-19 yang menerima suntikan ini dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik agar dapat terus berkhidmat untuk negara.
 
Vaksinasi Dos Kedua Pasukan Pengurus Jenazah JAKIM Dan JAWI 1
 
Vaksinasi Dos Kedua Pasukan Pengurus Jenazah JAKIM Dan JAWI 2
 
Vaksinasi Dos Kedua Pasukan Pengurus Jenazah JAKIM Dan JAWI 3
 
Vaksinasi Dos Kedua Pasukan Pengurus Jenazah JAKIM Dan JAWI 6
 
Vaksinasi Dos Kedua Pasukan Pengurus Jenazah JAKIM Dan JAWI 7
 
Vaksinasi Dos Kedua Pasukan Pengurus Jenazah JAKIM Dan JAWI 8
 
Vaksinasi Dos Kedua Pasukan Pengurus Jenazah JAKIM Dan JAWI 9