MISI
Membangun Ummah yang Progresif dan Berakhlak Mulia Melalui Aktiviti Dakwah, Penyelidikan dan Pendidikan Secara Holistik
VISI
Berperanan Sebagai Sebuah Agensi Persekutuan yang Membantu Agensi Agama Islam Negeri Dalam Memperkasakan Hal Ehwal Islam di sabah
OBJEKTIF
FUNGSI UMUM
Mengukuhkan Kerjasama strategik bersama agensi Islam Negeri dalam memastikan ajaran Islam tersebar luas di negeri Sabah berasaskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
FUNGSI KHUSUS
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala puji dan syukur dirafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama memanfaatkan platform digital ini sebagai medium penyampaian maklumat dan pengukuhan ukhuwah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda yang telah membawa risalah Islam sebagai rahmat sekalian alam.
Dalam era globalisasi dan ledakan teknologi maklumat yang berkembang pesat, dunia kini bergerak tanpa sempadan. Kepantasan penyampaian maklumat melalui media baharu dan transformasi digital menuntut setiap organisasi untuk lebih responsif, telus dan berdaya saing. Sehubungan itu, JAKIM Sabah sentiasa komited untuk memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan melalui penambahbaikan portal rasmi sebagai saluran informasi yang lebih dinamik, interaktif dan mesra pengguna.
Untuk makluman, JAKIM telah mula beroperasi di Negeri Sabah sejak tahun 1978 dan terus berkembang sebagai agensi Persekutuan yang membantu memperkasa hal ehwal Islam di negeri ini. Dengan kekuatan lebih 4,000 warga kerja merangkumi pegawai dan kakitangan tetap, Penyelia dan Guru KAFA, Guru Takmir, Imam Rawatib serta pelbagai jawatan kader di agensi-agensi kerajaan, JAKIM Sabah memainkan peranan penting dalam pembangunan ummah secara menyeluruh.
Fungsi utama JAKIM Sabah merangkumi pengurusan dakwah, pelaksanaan pendidikan KAFA, pembangunan modal insan, penyelidikan isu-isu semasa hal ehwal Islam serta kerjasama strategik bersama agensi Islam negeri dan Persekutuan. Segala usaha ini digerakkan berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah demi memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat Islam di Sabah.
Portal rasmi ini bukan sahaja memaparkan laporan program dan aktiviti semasa, malah menyediakan bahan rujukan, hebahan rasmi, serta ruang interaksi bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan penambahbaikan. Kami amat mengalu-alukan pandangan dan saranan membina daripada semua pihak demi meningkatkan mutu perkhidmatan kami.
Besar harapan kami agar segala inisiatif yang dilaksanakan dapat membantu memperkukuh kefahaman dan penghayatan Islam serta menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang progresif, berilmu dan berakhlak mulia di bumi Sabah tercinta.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dr. Baharudin bin Othman
Pengarah
JAKIM Cawangan Sabah
Cawangan MKI dan Perlembagaan yang berperanan sebagai Sekretariat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Sekretariat JAKIM bagi semua urusan yang berkaitan dengan Persidangan Dewan Rakyat meliputi mesyuarat pra persidangan, agihan pertanyaan, penyelarasan jawapan, sesi perbahasan/ penggulungan, dan petugas bagi setiap sesi persidangan, menyelaras semua urusan yang berkaitan dengan Kabinet meliputi penyediaan Memorandum/Nota Jemaah Menteri, pemantauan pelaksanaan dan maklum balas keputusan.
Cawangan Dasar Perkhidmatan Hal Ehwal Islam berperanan bagi merangka strategi pemerkasaan, halatuju dan transformasi perkhidmatan hal ehwal Islam, pegawai-pegawai kader serta merangka dasar pembangunan insan JAKIM.
Cawangan Dasar Pendidikan Islam berperanan mengurusetiakan Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) bagi merancang dan menggubal dasar berkaitan pendidikan Islam,melibatkan sekolah agama negeri/rakyat, institusi tahfiz, pondok dan Program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).
Cawangan Pengurusan dan Perancangan Strategik yang berperanan merancang dan merangka hala tuju JAKIM melalui penyediaan, penyelarasan pelaksanaan Pelan Strategik JAKIM, penyelarasan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) JAKIM dan laporan pencapaian Program Kemajuan Islam Bajet Berasaskan Keberhasilan (OBB). Selain itu, cawangan ini berperanan mengurus tadbir pengurusan kewangan, sumber manusia dan aset di Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) mengikut peraturan yang ditetapkan.
Cawangan Hal Ehwal Antarabangsa berperanan merancang, menyelaras dan memperkukuh hubungan JAKIM di peringkat antarabangsa melalui program kerjasama dua hala dan pelbagai hala dalam bidang Hal Ehwal Islam. Selain itu, cawangan ini mengkaji, menentukan dasar dan mengemukakan maklumbalas pendirian Malaysia dalam isu-isu hak asasi manusia yang dibangkitkan oleh institusi atau konvensyen antarabangsa.
Cawangan Dasar Pendidikan Tahfiz berperanan merancang, merangka, membangun, menilai semula hala tuju berkaitan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN). Turut berperanan membangun, melaksana dan membuat penambahbaikan Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia bagi tujuan penyeragaman serta penyelarasan pengiktirafan institusi tahfiz dan huffaz.
Cawangan Dasar Pendidikan Tinggi berperanan merancang dan mengurus keperluan akreditasi dan jaminan kualiti Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) JAKIM serta Lokasi Tambahan dalam bidang akademik. Turut berperanan menguruskan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM bagi pelajar tahfiz bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Selain itu, cawangan ini mengurus dan menyelaras keperluan program kemahiran PPT JAKIM dalam semua peringkat:
Kemahiran sijil professional tahap 4
Kemahiran sijil tahap 3,2, dan 1
Cawangan Dasar Dakwah, Sosial dan Komuniti berperanan merancang dan menggubal dasar-dasar berkaitan dengan hal ehwal dakwah, sosial, pembangunan keluarga Islam, komuniti dan kemajuan masjid di Malaysia dan penerapan nilai-nilai Islam serta penyediaan dan penyelarasan maklum balas berkaitan isu-isu berhubung dengan pelan tindakan dakwah, sosial dan komuniti.