Assalamualaikum.
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan kehendak-Nya jua laman sesawang Pejabat Penasihat Undang-Undang Berjaya diaktifkan semula. Pengaktifan semula ini mampu mencetuskan semangat dan iltizam baru bagi seluruh warga kerja Pejabat Penasihat Undang-Undang untuk mengemaskini dan mewarnai laman sesawang Pejabat Penasihat Undang-Undang secara khususnya dengan informasi-informasi terkini mengenai undang-undang Islam.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Bahagian Pengurusan Maklumat di atas kerjasama yang diberikan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang dalam usaha mempertingkatkan lagi mutu laman sesawangnya.
Harapan saya semoga laman sesawang Pejabat Penasihat Undang-Undang ini akan dapat memberi faedah dan manfaat kepada semua pengunjungnya.
Sekian, wassalam.
Penasihat Undang-Undang
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)