Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Mahrajan Memanah KESSUMA Peringkat Kebangsaan Kali Ke 2 Tahun 2019
25 – 28 April 2019
UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka
 
Bahagian Pendidikan, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah berjaya menganjurkan Mahrajan Memanah KESSUMA Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2019 pada 25 – 28 Julai 2019 bertempat di UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka.
 
Objektif penganjuran pertandingan ini adalah bagi meningkatkan pencapaian dan perkembangan pendidikan pelajar di Sekolah Menengah Agama Negeri dan Rakyat serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SMAN, SMAR dan SABK) berdasarkan keperluan masyarakat dan negara. Ia bertepatan dengan kehendak arus perdana pendidikan negara yang memerlukan pelajar yang cerdas dalam pelajaran dan cergas dalam bersukan.
 
Pertandingan ini turut mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai program kokurikulum peringkat kebangsaan yang membolehkan pelajar SMAN dan SMAR mendapatkan 10 markah merit untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara. JAKIM telah menjadikan pertandingan ini sebagai program tahunan yang mesti dilaksanakan dengan mengemaskini dan menambahbaik program sedia ada dari semasa ke semasa.
 
Pertandingan ini telah disertai oleh 12 kontijen yang mewakili 12 negeri seluruh Malaysia kecuali negeri Sabah dan Sarawak. Sebanyak 12 kategori telah dipertandingkan iaitu pusingan kelayakan 50m pertama L&P, pusingan kelayakan 50m kedua L&P, keseluruhan pusingan kelayakan individu L&P, keseluruhan pusingan kelayakan berpasukan L&P, pusingan olimpik individu L&P dan pusingan olimpik berpasukan L&P.
 
Majlis Perasmian Penutup Dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB Puan Rusnah Binti Aluai, Ahli Parlimen Tangga Batu, wakil rasmi Ketua Menteri Melaka dan turut dihadiri oleh Dato’ Paimuzi Bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM. Negeri Selangor telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Mahrajan Memanah KESSUMA Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2019.
 
Mahrajan Memanah KESSUMA Ke 2 Tahun 2019 1
 
Mahrajan Memanah KESSUMA Ke 2 Tahun 2019 2
 
Mahrajan Memanah KESSUMA Ke 2 Tahun 2019 3
 
Mahrajan Memanah KESSUMA Ke 2 Tahun 2019 4
 
Mahrajan Memanah KESSUMA Ke 2 Tahun 2019 5
 
Mahrajan Memanah KESSUMA Ke 2 Tahun 2019 6