KP Datuk HakimahAssalamualaikum w.b.t
 
Kami ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Laman web ini merupakan salah satu inisiatif JAKIM untuk menyediakan informasi mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh JAKIM selain info-info berkaitan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.

Membuka lembaran 2021, laman web JAKIM tampil dengan wajah baharu serta ciri-ciri yang lebih efektif dan mesra pengguna bagi memudahkan maklumat dapat dicapai dengan pantas dan berkesan.

Kami amat menghargai sekiranya anda mempunyai sebarang pandangan dan cadangan ke arah penambahbaikan laman web ini khususnya bagaimana seharusnya maklumat yang perlu kami paparkan untuk membantu peningkatan maklumat yang anda perlukan.

Selamat melayari laman web JAKIM.

Sekian.


KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA